Semangat perpaduan tidak kira bangsa atau agama melalui medan sukan merupakan batu loncatan penganjuran Liga Sukan Uniti yang mendapat perhatian tinggi di Uptown Sports, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Hampir 23 ribu peserta daripada 2300 pasukan seluruh negara mewarnai karnival tersebut yang berlangsung hari ini sehingga esok bagi membawa cabaran mengungguli sukan yang dipertandingkan.

Bola jaring, badminton dan futsal menyaksikan persaingan sengit setiap peserta daripada kaum berbeza memeriahkan suasana di situ.



"Di negara kita, semangat kesukanan itu sangat tinggi. Elemen perbezaan kaum dan etnik tidak menjadi penghalang sebaliknya kita harus meraikan kejayaan dengan penuh semangat kenegaraan.

"Jadi, sukan menjadi tapak memupuk semangat perpaduan terhadap seseorang atlet daripada pelbagai kaum dan latar belakang berbeza," kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Senator Sarawathy Kandasami.