Perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, menegaskan bahawa dia sedang berusaha menempatkan diri dalam Final Jelajah Dunia BWF yang akan berlangsung di Hangzhou, China, akhir tahun ini.

"Seperti sebelum ini, sasaran saya ialah untuk melayakkan diri ke kejohanan terakhir itu. Tinggal dua pertandingan sahaja iaitu di Jepun dan China, jadi saya akan buat yang terbaik!


Zi Jia turut menegaskan bahawa kehadiran jurulatihnya, Wong Tat Meng, membantu prestasinya sambil berusaha bersama mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

"Dia sudah bersama saya sejak tahun lalu dan banyak perkara positif yang kami mahu capai bersama. Salah satunya ialah berjaya memenangi pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.

Dalam masa sama, Zii Jia, menerima insentif sebanyak RM100,000 dibawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) selepas berjaya membawa pulang pingat gangsa dalam Sukan Olimpik Paris, Ogos lalu.