Menjelang Final Jelajah Dunia BWF yang akan berlangsung pada 11 hingga 15 Disember ini di Hangzhou, China, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Soh Wooi Yik, berkemungkinan besar bakal terlepas acara berprestij itu ekoran kecederaan.

Meskipun sedang berada dalam fasa pemulihan, namun Wooi Yik mengakui dia memerlukan masa untuk kembali ke prestasi sebenar.



"Sudah pasti misi utama ialah Sukan Olimpik tetapi kalau boleh kami juga mahu bermain dalam Final Jelajah Dunia BWF akhir tahun ini.

"Kami tidak mahu meletakkan tekanan tinggi di samping saya juga baru sahaja pulih dan masih mempunyai beberapa kejohanan terbuka sebelum yang terakhir.

"Tahun ini kami tidak bermain banyak kejohanan dan mungkin mata sedikit kurang jadi kami mahu fokus untuk kembali dapatkan prestasi terdahulu," katanya.