Dua faktor sahaja yang memungkinkan bekas Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM), Datuk Misbun Sidek, kembali semula ke Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Menurut pemerhati sukan, Datuk Dr. Pekan Ramli, faktor utama adalah keakraban hubungan legenda badminton negara itu dengan Presiden BAM, Tan Sri Norza Zakaria, yang terjalin sekian lama.
Bagaimanapun, Pekan berkata semua pihak perlu menghormati pendirian Misbun sekiranya bekas pemain perseorangan lelaki nombor satu negara itu tidak berganjak dengan keputusan sebelum ini.
“Menerima kembali tawaran BAM (khususnya dengan campur tangan presiden BAM) atau tidak mahu kembali semula sebagai pengarah kejurulatihan perseorangan remaja ABM, itu hak Datuk Misbun.
“Saya fikir pasti sukar untuk Misbun buat keputusan dalam masa sehari dua ini. Saya percaya hatinya masih terbuku, terluka dan terkilan.
“Kalau Misbun terima kembali pun, saya rasa atas dua sebab sahaja, pertama kerana rasa hormat kepada Tan Sri Norza kerana hubungan baiknya sebelum ini,” katanya.
Pada Rabu lalu, BAM menawarkan kembali jawatan itu kepada Misbun untuk menghabiskan kontraknya sehingga hujung tahun ini.
Menurut Pekan, faktor kedua adalah anak-anak buahnya masih memerlukan sentuhan Misbun, yang telah lama bersama mereka sebelum ini, terutama daripada aspek latihan dan gaya permainan.
“Sebab kedua sudah pastilah dia tidak mahu mengecewakan pemain-pemain remaja yang sedang disiapkannya untuk Kejohanan Remaja Dunia 2023 di Spokane, Washington, tak sampai dua bulan lagi.
“Pada saya, ini ibarat misi yang belum selesai bagi Misbun, yang perlu diterjemahkan dalam bentuk keputusan positif. Mungkin atas dua sebab utama ini Misbun bakal kembali semula,” ujarnya.
Bagaimanapun, Pekan juga tidak menolak kemungkinan Misbun perlu berdepan cabaran lain sekiranya menerima semula tawaran BAM untuk kembali berkhidmat bersama badan induk itu.
“Persoalan suasana tidak menyeronokkan mungkin timbul selepas apa yang berlaku sebelum ini kalau Misbun masih ada hati nak bekerja di sana (ABM).
“Boleh.... tetapi sesuatu perlu dilakukan BAM untuk menjernihkan suasana kembali, itu paling penting kerana kita tidak mahu nanti pemain negara yang akan menjadi mangsa tak kira apapun keputusan yang diambil Misbun,” ujarnya lagi.
Kredit: Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Aug 04 2023
Petronas Terbuka Malaysia: Goh Sze Fei-Nur Izzuddin sedar reputasi pilihan ketiga bukan jaminan
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani tidak menganggap reputasi sebagai beregu lelaki keenam dunia sebagai jaminan untuk mereka mengorak langkah jauh Petronas Terbuka Malaysia 2025 yang bermula di Axiata Arena, Selasa ini.
Vivian Hoo akan tubuh akademi badminton, fokus pembangunan pemain wanita
Pemain beregu wanita profesional negara, Vivian Hoo, secara rasminya bakal bersara pada usia 34 tahun selepas tamat kejohanan terakhirnya iaitu Petronas Terbuka Malaysia yang akan berlangsung di Axiata Arena, minggu depan
Petronas Terbuka Malaysia: Man-Tee berazam perbaiki ranking ke-14 dunia
Beregu lelaki negara, Tee Kai Wun, berazam untuk melakukan kejutan dan mahu melayakkan diri ke separuh akhir Petronas Terbuka Malaysia yang akan berlangsung di Axiata Arena, Selesa depan.
Petronas Terbuka Malaysia: Saya bersimpati dengan dirinya, kata Anders Antonsen kepada Lee Zii Jia
Juara bertahan, Anders Antonsen, berasa terkilan dengan keputusan pemain perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia, yang terpaksa menarik diri daripada menyertai Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia yang akan berlangsung di Axiata Arena, Selasa ini.
Kenneth Jonassen ada 'resipi istimewa' pacu gemilang perseorangan badminton negara
Ketua jurulatih skuad perseorangan badminton negara, Kenneth Jonassen, memiliki resipi tersendiri dalam memacu kegemilangan pemain negara di pentas antarabangsa.
BAM-Allianz Malaysia jalin kerjasama lebih erat
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dengan sukacitanya mengalu-alukan Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) sebagai rakan kongsi perkhidmatan kewangan.
Selamat ulang tahun M. Thinaah!
Beregu nombor satu wanita negara, M. Thinaah, menyambut ulang tahun kelahiran ke-27 hari ini dengan dia dilihat tetap hadir ke sesi latihan hari ini bagi persiapan menjelang saingan Terbuka Malaysia 2025 yang akan membuka tirai Selasa depan.
Huang Yaqiong ikut jejak langkah Zheng Siwei, bersara daripada kancah badminton
Pemenang pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024, Huang Yaqiong, secara rasminya meninggalkan pasukan China, sekali gus mengumumkan persaraan daripada kancah badminton selepas memuat naik satu kenyataan di media sosialnya.
AJBC 2024 catat rekod penyertaan luar biasa
Allianz Junior Badminton Championship (AJBC) 2024 mencuri tumpuan sebagai platform baru mencungkil bakat muda sukan badminton negara untuk muncul juara dunia kelak.
Terbuka Malaysia: Chiew Sien mahu cipta momen terbaik sebelum Vivian Hoo gantung raket
Beregu profesional negara, Lim Chiew Sien, menyifatkan edisi Terbuka Malaysia 2025 tahun hadapan bakal menjadi penampilan paling bermakna buat dirinya bersama Vivian Hoo yang akan bersara selepas kejohanan bertatus Super 1000 itu.
NBA: Wolves' Edwards scores career-high 53 in loss to Pistons
Wolves' Edwards scores 53 in loss
Adebayo: Heat only focused on 'who's with us now' following Butler suspension
Heat not focused on Butler ban
Marbella 0-1 Atletico Madrid: Griezmann seals Copa del Rey passage
Report: Marbella 0-1 Atletico
Stellini hails 'important' Napoli win amid injury problems
Stellini hails 'important' win
Messi rewarded with Presidential Medal of Freedom
Messi given presidential honour
Verreynne: Leaving X has helped Test revival
Verreynne continues to shine
Donnarumma in line for PSG return in Trophee des Champions
Donnarumma fit again for PSG
Arteta fumes at penalty decision as Arsenal held by Brighton
Arteta refuses to discuss PL title
Barbastro 0-4 Barcelona: Lewandowski double seals Copa del Rey progress
Report: Barbastro 0-4 Barcelona
Villa 'feeling the confidence again' to start 2025
Villa enjoying home comforts