Max Verstappen memulakan hujung minggu di Grand Prix Las Vegas dengan mengkritik poster baharu perlumbaan Formula 1 sebagai "99% pertunjukan dan 1% acara sukan".

Acara tersebut ditamatkan dengan berdiri di atas podium dalam sut perlumbaan bertemakan Elvis setelah menyanyikan "Viva Las Vegas".

Kritikan Verstappen telah lama menjadi tumpuan peminat kerana memiliki dia memiliki alasan kukuh.

Bagaimanapun, minggu berlalu, kualiti acara itu menjadi perhatian dengan dikatakan kualiti acara tersebut semakin pudar.

“Saya sentiasa menjangkakan ia adalah perlumbaan yang bagus. Itu tidak pernah menjadi isu saya. Tetapi hari ini menyeronokkan. Itu sahaja yang saya ingin katakan mengenainya. Saya harap semua orang menikmatinya," jelasnya.

Verstappen menang selepas bangkit daripada hukuman penalti lima saat dengan kereta yang kurang sempurna.

"Bukan niat saya untuk mengasak Charles (Leclerc) hingga dia terkeluar daripada litar," kata Verstappen. "Tetapi saya tidak sempat untuk memperlankan jentera.

"Bila lihat semula insiden itu, penalti yang dikenakan mungkin adalah keputusan yang tepat."