Skuad B-19 negara memasang impian besar untuk menjejakkan kaki ke Piala Asia tahun depan, biarpun bakal berdepan saingan sengit dalam pusingan kelayakan di Mongolia minggu ini.
Skuad bimbingan Hassan Sazali Waras itu diundi dalam Kumpulan E bersama gergasi Asia, Korea Selatan, selain Sri Lanka dan pasukan tuan rumah, Mongolia.
Bukan misi mustahil di sebalik skuad muda negara perlu muncul juara kumpulan untuk meloloskan diri ke Piala Asia B-20.
Berdasarkan format kelayakan, hanya juara daripada setiap 10 kumpulan akan layak secara automatik, manakala lima lagi slot diberikan kepada lima naib juara terbaik selain Uzbekistan yang layak selaku tuan rumah.
Justeru, Hassan sudah merangka strategi ampuh dengan misi wajib menang dua perlawanan awal bertemu Mongolia dan Sri Lanka, selain sekurang-kurangnya seri dengan Korea Selatan.
Beliau memberitahu, bagi melayakkan diri secara merit, skuad muda negara perlu meraih maksimum sembilan mata termasuk meraih kemenangan ke atas Korea Selatan.
Bagaimanapun, misi awal beliau ialah mendapatkan dua kemenangan awal terlebih dahulu iaitu ke atas pasukan tuan rumah dan Sri Lanka.
"Sasaran saya sebolehnya adalah maksimum sembilan mata untuk kita layak secara merit, perancangan saya adalah untuk mendapatkan dua kemenangan awal menentang Mongolia dan Sri Lanka.
"Aksi dengan Korea Selatan, saya harap kita kami mampu sekurang-kurangnya seri supaya peluang kami untuk ke peringkat seterusnya lebih cerah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sebelum berlepas ke Mongolia dari Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur, Sepang, malam tadi.
Mengulas cuaca sejuk di Mongolia, Hassan berharap anak-anak buahnya dapat menyesuaikan diri dengan baik.
Suhu di Mongolia ketika ini sekitar 10 hingga 17 darjah celsius.
Skuad negara akan memulakan aksi menentang Mongolia pada Rabu ini di Stadium MFF, Ulaanbaatar disusuli Sri bertemu Lanka (Jumaat) sebelum berdepan cabaran Korea Selatan (Ahad).
Kredit: Sinar Harian
Ahmad Syahir Kassim
Mon Sep 12 2022


Kelayakan Piala Asia B20: Atasi Korea bukan perkara mustahil
Di atas kertas, pasukan Korea Selatan sudah tentu dilihat sebagai calon juara kumpulan E kelayakan Piala Asia Bawah 20 (B-20) apabila skuad Taeguk Warriors itu akan turun berdepan pasukan negara bagi penentuan tempat pertama dan kedua.

Kelayakan Piala Asia B20: Malaysia peroleh kemenangan wajib ke atas Sri Lanka
Skuad B20 negara memastikan tiga mata berjaya diperoleh ketika bertemu Sri Lanka dalam aksi kelayakan Piala Asia 2023, di Mongolia sebentar tadi.

Kelayakan Piala Asia B-20: Skuad muda negara bawa misi besar di Mongolia
Skuad B-19 negara memasang impian besar untuk menjejakkan kaki ke Piala Asia tahun depan, biarpun bakal berdepan saingan sengit dalam pusingan kelayakan di Mongolia minggu ini.

Kelayakan Piala Asia B-20: Hassan Sazali beri bayangan kekal 90 peratus pemain sama
Ketua jurulatih skuad B-19 negara, Hassan Sazali Waras memberi bayangan akan mengekalkan 90 peratus pemain sama ketika memenangi Kejohanan AFF B-19 pada Julai lalu bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia B-20 di Ulaanbaatar, Mongolia bermula Rabu depan.

Kejohanan AFF B-19: Malaysia tidak gentar bertemu Vietnam -- Hassan Sazali
Ketua jurulatih skuad B-19 negara, Hassan Sazali Waras, menegaskan bahawa anak buahnya tidak berasa gentar untuk bertemu Vietnam dalam perlawanan separuh akhir Kejohanan AFF B-19 di Bekasi petang esok.

Kejohanan AFF B-19: Hassan Sazali gusar benteng rapuh skuad muda negara
Ketua jurulatih skuad B-19 negara, Hassan Sazali Waras, mengakui pasukannya perlu memperbaiki kerapuhan di benteng pertahanan meskipun sudah mengesahkan kelayakan ke separuh akhir Kejohanan AFF B-19.

PJ Rangers pikat Hassan
Selepas tiga musim terlepas slot ke Liga Perdana, kelab Petaling Jaya Rangers (PJ Rangers) tidak menunggu lama untuk mengorak langkah bagi menghadapi saingan musim depan apabila melamar bekas penolong jurulatih kebangsaan, Hassan Sazali Waras, selaku pengendali baru.

Hassan Sazali jelaskan sebab Stuart Wark tidak tersenarai perkuat Harimau Malaysia
Pengendali kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee, menggugurkan penjaga gol berpengalaman, Khairul Fahmi Che Mat, apabila menamakan senarai 23 pemain untuk aksi persahabatan antarabangsa berdepan Filipina pada 22 Mac ini dan juga aksi Kelayakan Piala Asia berdepan Korea Utara, 28 Mac ini.

Rory McIlroy soars to lead on third day of Ohio Memorial
The Northern Irishman finished tied with two other players on six under par.

French Open day seven: Coco Gauff wins teenage battle as Iga Swiatek marches on
The story of the seventh day of action at Roland Garros.

Knicks' Julius Randle has ankle surgery, expected healthy for 2023-24
New York Knicks All-NBA forward Julius Randle underwent surgery on his left ankle but is expected to be ready for the start of next season.

Rennes make top four, Nantes survive and Auxerre relegated on Ligue 1 final day
On a thrilling final day of the 2022-23 Ligue 1 season, Rennes finished in the top four while Nantes completed a great escape.

Messi’s final game for PSG ends in defeat to Clermont
The Argentine will leave the Ligue 1 champions this summer after two years.

Rob Page: Gareth Bale ‘enjoying retirement’ and won’t join Wales coaching staff
The former Dragons captain and Real Madrid forward retired from football in January.

Paris Saint-Germain 2-3 Clermont: Messi and Ramos denied winning send-off as visitors fight back
Despite a bright start, PSG were unable to give Lionel Messi and Sergio Ramos a champion's send-off as they lost to Clermont on Saturday.

Billy Dodds proud of his Caley Thistle side despite final setback
The cinch Championship side were beaten by all-conquering Celtic at Hampden Park.

Callum McGregor hopes Ange Postecoglou sticks with Celtic
The former Australia boss is strongly linked to Tottenham.

Ange Postecoglou wants to savour Celtic’s success, not discuss the future
The Hoops boss is odds-on favourite to take over at Tottenham.