Walid Regragui memuji Maghribi kerana membuat negara mereka dan Afrika berbangga sambil mengakui butiran kecil membantu "juara sejati", Perancis, mara ke final Piala Dunia di Qatar.
Wakil pertama Afrika dalam separuh akhir di pentas besar itu menyaksikan mereka terpaksa bertahan ketika menentang juara bertahan yang asuhan Didier Deschamps tersebut sebelum tumpas 0-2 di Stadium Al Bayt, awal pagi tadi.
Sentuhan pemusnah Theo Hernandez dan Randal Kolo Muani menjadi pemisah kedua-dua pasukan untuk Perancis menempah pertemuan akhir dengan Argentina yang diketuai Lionel Messi, Ahad ini.
Regragui melakar sejarah bukan sahaja untuk Maghribi malah seluruh benua Afrika selepas menewaskan Belgium, Sepanyol dan Portugal dalam merintis laluan ke separuh akhir.
“Kami sedar kami sudah meraih pencapaian yang hebat, kami tahu media menyokong kami dan di kaca televisyen, kami melihat betapa bangganya setiap orang,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.
"Kami kecewa, kami mahu mengekalkan impian rakyat Maghribi. Kami perlu menghadam kekalahan ini. Kami gembira dengan apa yang kami capai tetapi kami berasakan bahawa kami boleh pergi lebih jauh lagi.
"Perincian kecil membantu juara sejati untuk menang. Kami melihat aspek ini ketika menentang Perancis, mereka mempunyai banyak pemain gantian untuk mengubah permainan.
"Saya berpesan kepada anak buah bahawa saya bangga dengan mereka, seluruh Maghribi bangga dengan mereka dan begitu juga dunia. Kami bekerja keras; bermain bola sepak yang jujur dan itulah yang kami mahu lakukan.
"Kami memberikan imej yang baik tentang Maghribi dan Afrika, mewakili negara kami dan benua kami. Kami mara sejauh yang termampu dalam pertandingan ini dan ia sesuatu yang hebat, tetapi kami perlu melakukan yang lebih baik lagi pada masa hadapan.
"Kami perlu melakukannya secara kerap jika kami mahu berada di peta bola sepak. Kami mungkin tidak sehebat Sepanyol, Brazil atau England tetapi saya mahu layak dalam setiap pertandingan.
"Kemudian, ia akan menjadi satu kebiasaan buat Maghribi untuk menjadi perhatian. Kami telah menunjukkan kepada rakyat Afrika bahawa kami mampu melakukan yang terbaik."
Shaiful Shamsudin
Thu Dec 15 2022


Kelayakan Euro 2024: Dembele, Nkunku tersenarai dalam skuad Les Bleus
Ousmane Dembele dari Barcelona dan penyerang RB Leipzig, Christopher Nkunku, antara pemain yang dipanggil semula ke skuad Perancis yang disenaraikan oleh jurulatih Les Bleus, Didier Deschamps, menjelang dua perlawanan kelayakan Euro 2024.

Tenis Terbuka Perancis: Misi Novak Djokovic tambah koleksi grand slam tertangguh
Novak Djokovic memutuskan untuk menarik diri daripada Terbuka Madrid dan pemain nombor satu dunia itu bergelut dengan kecederaan siku -- kira-kira sebulan sebelum bermulanya Terbuka Perancis.

Bundesliga: Hernandez kembali jalani latihan bersama Bayern selepas koyak ACL
Lucas Hernandez kembali menyertai sesi latihan bersama Bayern Munich buat kali pertama semalam selepas mengalami koyak anterior cruciate ligament (ACL) sewaktu Piala Dunia Qatar hujung tahun lalu.

Herve Renard sah pikul amanat pasukan wanita Perancis
Herve Renard sah dilantik sebagai ketua jurulatih baru skuad wanita Perancis selepas pemberontakan pemain membayangi pemecatan Corinne Diacre.

Kelayakan Euro 2024: Kuisan Mike Maignan bernilai sebiji gol buat Perancis
Didier Deschamps tidak terkejut dengan ketangkasan Mike Maignan dalam kemenangan 1-0 Perancis ke atas Republik Ireland yang disifatkannya sebagai "bernilai sebiji gol".

Kelayakan Euro 2024: Rekod peribadi sentiasa jadi buruan Kylian Mbappe -- Deschamps
Didier Deschamps menjangkakan Kylian Mbappe akan terus memecahkan rekod Perancis tetapi sedar Republik Ireland yang kini diperkuatkan pemain remaja, Evan Ferguson, mampu menghadirkan ancaman terhadap mereka.

Deschamps: Gandingan Mbappe-Griezmann nadi kemenangan atasi Belanda
Didier Deschamps berkata kekecewaan Antoine Griezmann kerana diabaikan sebagai kapten Perancis untuk Kylian Mbappe hanya 'bertahan dua minit'.

Kelayakan Euro 2024: Perancis peroleh kemenangan bergaya dalam aksi pembukaan
Perancis memenangi perlawanan pertama sejak kekalahan di final Piala Dunia apabila mengatasi Belanda 4-0 di Stade de France bagi memulakan kelayakan Euro 2024 dengan penuh bergaya.

Mbappe dedah Antoine Griezmann kecil hati tidak dilantik kapten Perancis
Kylian Mbappe mendedahkan Antoine Griezmann kecewa kerana tidak dpilih sebagai ketua pasukan Perancis, tetapi menegaskan ini tidak beerti dia bukannya lebih hebat daripada mana-mana pemain lain dalam skuad itu.

Kelayakan Euro 2024: Berita pelantikan Kylian Mbappe tersebar awal
Kylian Mbappe dilantik sebagi ketua pasukan baru Perancis secara rasminya selepas mendapat persetujuan daripada Didier Deschamps, awal pagi tadi.

Rory McIlroy soars to lead on third day of Ohio Memorial
The Northern Irishman finished tied with two other players on six under par.

French Open day seven: Coco Gauff wins teenage battle as Iga Swiatek marches on
The story of the seventh day of action at Roland Garros.

Knicks' Julius Randle has ankle surgery, expected healthy for 2023-24
New York Knicks All-NBA forward Julius Randle underwent surgery on his left ankle but is expected to be ready for the start of next season.

Rennes make top four, Nantes survive and Auxerre relegated on Ligue 1 final day
On a thrilling final day of the 2022-23 Ligue 1 season, Rennes finished in the top four while Nantes completed a great escape.

Messi’s final game for PSG ends in defeat to Clermont
The Argentine will leave the Ligue 1 champions this summer after two years.

Rob Page: Gareth Bale ‘enjoying retirement’ and won’t join Wales coaching staff
The former Dragons captain and Real Madrid forward retired from football in January.

Paris Saint-Germain 2-3 Clermont: Messi and Ramos denied winning send-off as visitors fight back
Despite a bright start, PSG were unable to give Lionel Messi and Sergio Ramos a champion's send-off as they lost to Clermont on Saturday.

Billy Dodds proud of his Caley Thistle side despite final setback
The cinch Championship side were beaten by all-conquering Celtic at Hampden Park.

Callum McGregor hopes Ange Postecoglou sticks with Celtic
The former Australia boss is strongly linked to Tottenham.

Ange Postecoglou wants to savour Celtic’s success, not discuss the future
The Hoops boss is odds-on favourite to take over at Tottenham.