Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, mengakui terguris dengan kemelut yang melanda bekas jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek, dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM)
Misbun, dalam satu sidang media di ibu negara kelmarin, menafikan bahawa dia meninggalkan jawatan Pengarah Pembangunan Perseorangan Remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM) atas dasar persetujuan bersama dengan BAM, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai apa sebenarnya yang berlaku di antara kedua-dua pihak itu.
Selain itu, Misbun turut meluahkan rasa terkilannya kerana keputusan berkenaan hanya dimaklumkan oleh Timbalan Presiden BAM, Datuk V. Subramaniam, dan bukannya Norza.
Presiden BAM, Tan Sri Norza Zakaria, dalam satu sidang media di ABM hari ini, mengakui kemelut berkenaan mungkin disebabkan oleh salah faham yang berlaku di antara pihaknya dan Misbun, di mana BAM bersedia untuk menawarkan jurulatih itu kembali berkhidmat sehingga kontraknya tamat atau isu berkenaan boleh dibawa ke meja rundingan untuk diselesaikan secara baik.
Bekas pemain nombor satu dunia, Chong Wei, mendedahkan hatinya jelas terguris dengan kemelut yang melanda dua entiti itu, yang bertanggungjawab menjadikannya sebagai ikon Badminton dunia.
"Saya mengakui apa yang Tan Sri (Norza) cakap, sewaktu dia bawa Datuk Misbun (ke dalam BAM), kami tidak mempunyai banyak penaja dan Tan Sri sendiri terpaksa mengeluarkan perbelanjaannya," katanya dalam sidang media itu.
"Dengan itu barulah masa depan saya ada dan saya boleh katakan yang keputusan Tan Sri itu adalah untuk kebaikan badminton negara, untuk menghasilkan bukan sahaja Lee Chong Wei kedua tetapi mungkin lima atau enam orang lagi.
"Saya menjadi saksi Tan Sri (menawarkan kontrak) di rumahnya (Misbun) dan atas dasar itu, saya berada di sini dalam sidang media ini.
"Akan tetapi, mengenai tawaran yang diberikan Tan Sri itu perlu diberikan kepada Datuk Misbun untuk membuat keputusan.
"Isu ini memang agak menguriskan hati saya kerana badminton sentiasa ada dalam darah saya dan saya pernah 19 tahun dalam BAM -- tiada orang lain lebih lama daripada saya.
"Bagi saya, BAM sentiasa melakukan yang terbaik buat atlet dan jurulatih kita," katanya.
Muzaffar Musa
Wed Aug 02 2023
Petronas Terbuka Malaysia: Goh Sze Fei-Nur Izzuddin sedar reputasi pilihan ketiga bukan jaminan
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani tidak menganggap reputasi sebagai beregu lelaki keenam dunia sebagai jaminan untuk mereka mengorak langkah jauh Petronas Terbuka Malaysia 2025 yang bermula di Axiata Arena, Selasa ini.
Vivian Hoo akan tubuh akademi badminton, fokus pembangunan pemain wanita
Pemain beregu wanita profesional negara, Vivian Hoo, secara rasminya bakal bersara pada usia 34 tahun selepas tamat kejohanan terakhirnya iaitu Petronas Terbuka Malaysia yang akan berlangsung di Axiata Arena, minggu depan
Petronas Terbuka Malaysia: Man-Tee berazam perbaiki ranking ke-14 dunia
Beregu lelaki negara, Tee Kai Wun, berazam untuk melakukan kejutan dan mahu melayakkan diri ke separuh akhir Petronas Terbuka Malaysia yang akan berlangsung di Axiata Arena, Selesa depan.
Petronas Terbuka Malaysia: Saya bersimpati dengan dirinya, kata Anders Antonsen kepada Lee Zii Jia
Juara bertahan, Anders Antonsen, berasa terkilan dengan keputusan pemain perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia, yang terpaksa menarik diri daripada menyertai Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia yang akan berlangsung di Axiata Arena, Selasa ini.
Kenneth Jonassen ada 'resipi istimewa' pacu gemilang perseorangan badminton negara
Ketua jurulatih skuad perseorangan badminton negara, Kenneth Jonassen, memiliki resipi tersendiri dalam memacu kegemilangan pemain negara di pentas antarabangsa.
BAM-Allianz Malaysia jalin kerjasama lebih erat
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dengan sukacitanya mengalu-alukan Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) sebagai rakan kongsi perkhidmatan kewangan.
Selamat ulang tahun M. Thinaah!
Beregu nombor satu wanita negara, M. Thinaah, menyambut ulang tahun kelahiran ke-27 hari ini dengan dia dilihat tetap hadir ke sesi latihan hari ini bagi persiapan menjelang saingan Terbuka Malaysia 2025 yang akan membuka tirai Selasa depan.
Huang Yaqiong ikut jejak langkah Zheng Siwei, bersara daripada kancah badminton
Pemenang pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024, Huang Yaqiong, secara rasminya meninggalkan pasukan China, sekali gus mengumumkan persaraan daripada kancah badminton selepas memuat naik satu kenyataan di media sosialnya.
AJBC 2024 catat rekod penyertaan luar biasa
Allianz Junior Badminton Championship (AJBC) 2024 mencuri tumpuan sebagai platform baru mencungkil bakat muda sukan badminton negara untuk muncul juara dunia kelak.
Terbuka Malaysia: Chiew Sien mahu cipta momen terbaik sebelum Vivian Hoo gantung raket
Beregu profesional negara, Lim Chiew Sien, menyifatkan edisi Terbuka Malaysia 2025 tahun hadapan bakal menjadi penampilan paling bermakna buat dirinya bersama Vivian Hoo yang akan bersara selepas kejohanan bertatus Super 1000 itu.
NBA: Wolves' Edwards scores career-high 53 in loss to Pistons
Wolves' Edwards scores 53 in loss
Adebayo: Heat only focused on 'who's with us now' following Butler suspension
Heat not focused on Butler ban
Marbella 0-1 Atletico Madrid: Griezmann seals Copa del Rey passage
Report: Marbella 0-1 Atletico
Stellini hails 'important' Napoli win amid injury problems
Stellini hails 'important' win
Messi rewarded with Presidential Medal of Freedom
Messi given presidential honour
Verreynne: Leaving X has helped Test revival
Verreynne continues to shine
Donnarumma in line for PSG return in Trophee des Champions
Donnarumma fit again for PSG
Arteta fumes at penalty decision as Arsenal held by Brighton
Arteta refuses to discuss PL title
Barbastro 0-4 Barcelona: Lewandowski double seals Copa del Rey progress
Report: Barbastro 0-4 Barcelona
Villa 'feeling the confidence again' to start 2025
Villa enjoying home comforts