Pengurus West Ham, David Moyes, mengesahkan kelab itu telah membuat bidaan ke atas pemain tengah Lyon, Lucas Paqueta, dan tonggak Club Brugge, Hans Vanaken, sambil menambah mereka akan menjadi ketawa andai calon pemain yang diburu diketahui.

Kelab London itu telah mengharungi permulaan yang sukar pada musim 2022-23 apabila tewas ketiga-tiga perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL), malah masih belum menemui sentuhan pemusnah.

Mereka merancang untuk mengatasi kepincangan itu dalam usaha meneruskan kempen momentum musim lalu yang menyaksikan The Hammers mara ke separuh akhir Liga Europa.

Laporan mengaitkan pasukan kendalian Moyes itu berminat memancing Paqueta yang sebelum ini dikaitkan dengan Arsenal dan Newcastle United.

Vanaken yang merupakan pemain tengah Belgium berusia 29 tahun juga merupakan sasaran kelab dan Moyes mengesahkan bidaan terhadap kedua-duanya menjelang perlawanan play-off Liga Persidangan Eropah menentang Viborg, awal pagi esok.

"Kami telah membuat tawaran ke atasnya," katanya dalam sidang akhbar.

"Dia berkebolehan memainkan peranan sebagai pemain nombor 10, lapan, dia kerap bermain sebagai penyerang tiruan nombor sembilan buat Brazil. Saya rasa latar belakangnya sangat bagus.





"Pemain potensi bukan terjamin selalu menjadi tetapi kami berharap ia mungkin dapat membantu kami bertambah baik."

The Hammers telah membuat tujuh pembelian dalam jendela perpindahan musim panas ini dan Moyes tidak takut untuk memperincikan betapa kelab itu bercita-cita tinggi apabila mengakui banyak melamar pemain lain.

"Kami telah membida ramai pemain dan jika saya memberitahu anda siapa gerangannya, anda akan ketawa dan berkata saya sedang bergurau," katanya.

“Mungkin kami membuat tawaran yang jauh daripada jangkauan kami tetapi kami mahu mendapatkan pemain yang benar-benar hebat kerana saya tahu kami memerlukannya.

"Bagi kami, beberapa pemain terbaik yang datang akan menyuntik semangat kepada semua orang dan membantu mengurangkan tekanan ke atas Declan Rice, Michail Antonio dan Tomas Soucek."