Emerson berharap untuk menambah satu lagi pingat pemenang di pentas Eropah selepas membantu West Ham United mara ke peringkat kalah mati Liga Conference Europa.

Pemain pertahanan sayap Itali itu, yang sebelum ini memenangi Liga Juara-Juara, Liga Europa, Piala Super dan Kejuaraan Eropah, telah memulakan keempat-empat kemenangan Kumpulan B Hammers, menambah satu bantuan jaringan dalam kemenangan 2-1 di tempat sendiri ke atas RSC Anderlecht awal pagi tadi. Gol yang dijaringkannya dalam kejayaan 3-1 menentang FCSB.

Pemain berusia 28 tahun itu menarik perhatian sekali lagi dengan larian di bahagian sayap kiri yang tidak henti-henti dan sementara perjalanan masih jauh untuk pergi ke final di Prague Jun depan, dan dia mengetahui The Irons perlu menguruskan permainan dengan lebih baik daripada apa mereka pamerkan ketika beraksi di Stadium London, dia mengetahui skuadnya mempunyai kualiti untuk pergi ke lebih jauh.

"Saya fikir kami telah melakukan tugas kami," dia tersenyum. “Objektif kami adalah layak dan kami melakukannya supaya kami berbangga dengan apa yang kami usahakan sebagai satu pasukan kerana kami bermain empat perlawanan dan kami menang kesemuanya, tetapi kami perlu memperbaiki dan bermain lebih baik. Pada separuh masa kedua, kami tidak bermain dengan baik, jadi kini tiba masanya untuk memikirkannya dan bersiap sedia untuk Ahad.

“Kami melakukannya dengan sangat baik, tetapi akhirnya kami mula kehilangan terlalu banyak bola di bahagian tengah dan di bahagian depan dan kami perlu belajar untuk mengawal permainan dengan lebih baik.

"Mengapa kami tidak boleh jejak ke final? Saya telah memenangi beberapa kejohanan di pentas Eropah -- Liga Juara-Juara, Liga Europa, Kejohanan Eropah dengan pasukan kebangsaan -- jadi saya hanya terlepas Liga Conference! Kami boleh melakukannya, tetapi kami perlu bekerja keras untuk melangkah ke peringkat itu dan melakukan langkah demi langkah.”