David Moyes kecewa dengan beberapa keputusan yang dibuat oleh pengadil, Peter Bankes, ketika West HAm seri 2-2 dengan Newcastle.
Shaiful Shamsudin
Sun Oct 08 2023
WEST HAM 2 NEWCASTLE 2
David Moyes kecewa dengan beberapa keputusan yang dibuat oleh pengadil, Peter Bankes, ketika West Ham seri 2-2 dengan Newcastle, malam tadi.
Mohammed Kudus masuk sebagai pemain gantian untuk jaringan Liga Perdana Perdana (EPL) sulungnya -- seminit sebelum tamat permainan untuk The Hammers berkongsi satu mata.
Begitupun, Moyes tetap tidak berpuas hati dengan Bankes kerana memberikan sepakan percuma terhadap terjahan Lucas Paqueta ke atas Sandro Tonali yang membawa kepada gol pertama Alexander Isak.
Pengurus The Hammers terbabit juga berasakan Bruno Guimaraes sepatutnya dilayangkan kad kuning kedua setelah amaran pertama beberapa saat sebelum itu yang menyaksikannya tersandung kaki James Ward-Prowse.
“Kami mungkin sedikit mencemaskan tetapi saya tidak akan menyalahkan mereka berikutan dibayangi keputusan pengadil,” katanya.
“Gol pertama itu dicetuskan daripada sepakan percuma yang tidak sepatutnya. Saya fikir pada hari lain ia tidak akan diberikan.
“Saya fikir ia agak keras buat kami, begitu juga keputusan awal yang mengundang kad kuning kedua. Saya tidak akan mengatakan sesuatu yang boleh mengheret saya ke dalam masalah. Saya fikir ia satu keputusan getir.”