BRENTFORD 2 WEST HAM UNITED 0
David Moyes percaya pasukannya, West Ham, telah menjadi mangsa terlalu banyak keputusan aneh video bantuan pengadil (VAR) dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Selepas dinafikan sepakan penalti berikutan insiden bola terkena tangan pemain lawan sewaktu menentang Liverpool dan Manchester United sepanjang beberapa minggu lalu, nasib sekali lagi tidak menyebelahi The Hammers apabila jaringan mereka dibatalkan dengan sebab yang boleh dipertikaikan ketika tewas 0-2 di laman Brentford malam tadi.
Sewaktu hantaran lintang Said Benrahma menuju ke tiang gol, bola sempat terkena Divin Mubama, yang terpaksa mengangkat tangannya untuk mengelak daripada terlanggar tiang gol berkenaan.
Manuel Lanzini kemudian menghantar kembali bola ke dalam kawasan penalti untuk mudah ditolak masuk Dany Ings bagi merapatkan kedudukan buat The Hammers berbaki 25 minit terakhir.
Bagaimanapun, pengadil, Michal Oliver, segera ke monitor di tepi padang dan membuat keputusan untuk membatalkan jaringan itu kerana mendapati bola terlebih dahulu terkena tangan Mubama.
"Ia amat aneh," kata pengurus West Ham itu.
"EPL membuat keputusan membuat keputusan dan menganggapnya bola terkena tangan dengan sengaja. Saya fikir kami memerlukan sedikit penjelasan mengenainya.
"Yang pertama, saya boleh katakan yang ia tidak jelas. Jika ada sentuhan, saya fikir ia adalah bahunya dan berhampiran tulang selangkanya.
"Jika bola terkena tangan yang mendorong kepada jringan itu, kita semua tahu peraturannya tetapi saya langsung tidak lihat ia disengajakan. Ia lebih kepada dia melindungi dirinya daripada berlanggar dengan tiang. Saya terkejut ia dibatalkan.
"Tetapi, ayuh berlaku adil, jika ini kali pertama kita bercakap mengenainya dalam beberapa perlawanan lalu, saya akan katakan ia boleh berlaku tetapi kita kini bercakap mengenainya dalam tiga perlawanan.
"Ia sudah menjadi semakin kerap. Saya tidak mahu masalah tetapi kami berdepan tiga keputusan yang boleh mngubah situasi dan jika anda berkata kami mendapat layanan yang adil, saya tidak fikir seperti itu," katanya.
Hakikatnya, Brentford selesa mendahului 2-0 menerusi jaringan Bryan Mbeumo dan Yoane Wissa dalam babak pertama dan mereka mungkin dapat mendahului empat atau lima gol sebelum jaringan Ings dibatalkan.
Muzaffar Musa
Mon May 15 2023
WSL: Chelsea pasukan kedua catat sejarah menang lapan perlawanan pertama musim ini
Chelsea berhempas pulas menewaskan Manchester United dalam perlawanan Liga Super Wanita (WSL), semalam.
EPL: Leicester City pecat Steve Cooper serta-merta
Leicester City telah memecat jurulatihnya, Steve Cooper, selepas empat perlawanan tanpa sebarang kemenangan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Piala ASEAN Mitsubishi Electric: Indonesia umum pemain, bawa skuad Kelayakan Piala Dunia hadapi saingan
Marselino Ferdinan ketuai senarai pemain pasukan Indonesia menghadapi Piala ASEAN Mitsubishi Electric yang akan berlangsung bulan depan.
Piala ASEAN Mitsubishi Electric: Info jualan tiket aksi Harimau Malaya bertemu Timor Leste, Singapura
Kehangatan Piala ASEAN Mitsubishi Electric semakin bahang dirasai bagi merebut kejuaraan, sekali gus dinobatkan sebagai raja bola sepak Asia Tenggara.
Letak jawatan jurulatih Kedah, Nafuzi Zain semakin hampir ke skuad B-23 negara?
Meskipun melakar kemenangan dramatik berdepan Kuala Lumpur City dalam perlawanan pertama pusingan 16 Unifi Piala Malaysia Jumaat lalu, ia bukanlah berita gembira buat penyokong Kedah Darul Aman yang perlu menerima keputusan berat hati yang berlaku semalam.
EPL: 'Kami tidak pernah hidup seperti ini'
Pep Guardiola mengakui dia terkejut dengan kemerosotan prestasi Manchester City kebelakangan ini apabila menghadapi situasi paling sukar sejak mengambil alih jawatan ketua jurulatih pasukan itu.
EPL: Tiada kualiti, Roy Keane tidak percaya kemampuan Ruben Amorim tembus kelompok teratas
Bekas pemain Manchester United, Roy Keane, tidak mempercayai kemampuan Ruben Amorim untuk membawa pasukan itu kembali ke carta empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) ekoran kekurangan kualiti yang bagus.
EPL: Dia sangat kecewa, tertekan dengan permainan The Red Devils -- Bekas pemain Manchester United
Bekas pemain Manchester United, Owen Hargreaves, tidak menyembunyikan bahawa pengurus baru pasukan itu, Ruben Amorim, benar-benar tertekan dan kecewa dengan keputusan di Stadium Portman Road, awal pagi tadi.
EPL: Ruben Amorim berang Man Utd kerap berfikir panjang punca seri dengan Ipswich Town
Bukanlah permulaan yang diinginkan apabila ketua jurulatih Manchester United, Ruben Amorim, memulakan penampilannya dalam perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan keputusan seri berdepan Ipswich Town di Stadium Portman Road, awal pagi tadi.
Unifi Piala Malaysia: Dua gol dramatik PDRM pastikan Negeri Sembilan tumbang di Paroi
PDRM menjaringkan dua gol dalam waktu kecederaan untuk bangkit menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam aksi pertama pusingan 16 Unifi Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi sebentar tadi.
Mbappe position switch works wonders for Ancelotti
Ancelotti finds new Mbappe role
Orlando City 1-0 Atlanta United: Enrique strike sets up Red Bulls clash
Report: Orlando 1-0 Atlanta
West Indies in control as Bangladesh battle to avoid follow-on
West Indies in complete control
Conte: Napoli need to focus on improvement, not Serie A lead
Conte wants more from Napoli
Borthwick taking positives from 'frustrating' Autumn Series
Borthwick: England have grown
Keane doubts Man Utd will crack top four under Amorim this season
Keane has top-four doubts
Leganes 0-3 Real Madrid: Mbappe and Bellingham score as Blancos close on Barcelona
Report: Leganes 0-3 Real Madrid
Sinner guides Italy to back-to-back Davis Cup triumphs
Sinner seals Davis Cup success
Napoli 1-0 Roma: Lukaku downs former club on Ranieri's return
Report: Napoli 1-0 Roma
Amorim believes Man Utd were guilty of overthinking in Ipswich draw
Amorim: We were overthinking