WEST HAM UNITED 3 TSC 1
David Moyes memberikan pujian khas buat Mohammed Kudus selepas pemain sayap Ghana itu membantu West Ham bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan TSC Backa Topola dalam perlawanan Liga Europa (UEL) awal pagi tadi.
The Hammers beraksi di bawah cuaca ekstrem dalam penngembaraan peringkat Eropah terbaru mereka di Stratford tetapi pemain yang baru dibeli musim panas lalu, Kudus, dan pemain gantian, Tomas Soucek, memastikan mereka memulakan kempen itu dengan langkah kanan.
London Timur dibadai hujan lebat sebelum sepak mula perlawanan itu dan membasahi permukaan padang Stadium London.
Pintu laluan air gagal dibuka dalam babak pertama dan kedua-dua pasukan terpaksa beraksi di atas permukaan padang berair, di mana West Ham menguasai permainan tetapi ketinggalan gara-gara kesilapan Angelo Ogbonna untuk Petar Stanic membuka jaringan buat pelawat pada minit ke-47.
"Malam ini, saya rasa kami telah melakukan sesuatu yang cukup untuk memenangi perlawanan ini walaupun saya tidak rasa kami beraksi baik," kata Moyes.
"Jaringan itu sudah pasti terhasil daripada kesilapan kami sendiri tetapi saya tidak takut kalah. Ia satu perlawanan di mana kami menguasai bola dan memberikan kami peluang untuk melihat apa yang boleh kami lakukan berdasarkan apa yang pasukan ini telah lakukan sebelum ini.
"Kesilapan itu mengubah permainan tetapi ia juga memberikan kami lebih keazaman.
"Saya rasa Kudus telah melakukan sesuatu yang amat baik dan menghasilkan gol yang amat penting pada ketika saya buntu bagaimana kami boleh mendapatkannya," katanya.
West Ham menerima padah apabila Ogbonna kehilangan bola di kawasan tengah sebelum Stanic menghasilkan gol pembukaan buat lawan dari Serbia berkenaan.
Bagaimanapun, The Hammers, yang merupakan juara Liga Persidangan Europa (UECL) selepas menewaskan Fiorentina pada Jun lalu, mula bangkit apabila sepakan lintang Said Benrahma ditanduk masuk ke gawang sendiri oleh pertahanan TSC, Nemanja Petrovic.
Kudus kemudian memperoleh jaringannya berselang empat minit sebelum giliran Soucek menanduk masuk gol ketiga West Ham -- kedua-duanya daripada sepkan penjuru James Ward-Prowse -- untuk The Hammers menamatkan aksi selaku pemenang.
Muzaffar Musa
Fri Sep 22 2023
EPL: Cristiano Ronaldo yakin Manchester United kembali bangkit bersama Ruben Amorim
Cristiano Ronaldo percaya Ruben Amorim merupakan individu paling tepat untuk mengambalikan Manchester United ke puncak kegemilangan, di sebalik permulaan hambar pengurus baru itu bersama The Red Devils.
Harap-harap Arsenal menang trofi 2025 -- Declan Rice
Declan Rice berharap tahun baru 2025 akan mendatangkan trofi buat Arsenal selepas pasukan itu menamatkan tahun 2024 dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Ipswich Town dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates awal pagi tadi.
Ini destinasi Umarbek Eshmurodov selepas tinggalkan Selangor
Bekas pertahanan Selangor, Umarbek Eshmurodov, akan menyertai pasukan gergasi Uzbekistan, FC Nasaf, demikian disahkan kelab itu dalam satu kenyataan.
Liga Super: Umarbek Eshmurodov pulang ke Uzbekistan, sah tidak bersama Selangor
Pertahanan Uzbekistan, Umarbek Eshmurodov, sah tidak bersama Selangor bagi mengharungi baki musim Liga Super Malaysia dan perlawanan Piala Cabaran yang akan bersambung tahun depan.
Piala AMEC: Jaringan minit akhir beri kelebihan satu jaringan kepada Filipina, benam Thailand selepas 52 tahun
Filipina membawa bekalan satu gol ke Stadium Rajamangala selepas menundukkan Thailand 2-1 dalam perlawanan separuh akhir pertama saingan Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 di Stadium Memorial Rizal, sebentar tadi.
Projek FAM: Tim Cahill bukan CEO Harimau Malaya -- TMJ
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menidakkan khabar angin yang mengatakan bekas pemain Australia, Tim Cahill, sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) dalam penstrukturan terbaru skuad Harimau Malaya di bawah projek Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
EPL: Wolves menang lawan Man Utd atas dasar semangat, bukan taktikal
Vitor Pereira mengenepikan taktik menjelang kemenangan Wolves ke atas Manchester United
Apakah kisah di sebalik kebangkitan Faisal Halim? Penyelesaian kes simbahan asid masih tanda tanya
Sudah tujuh bulan berlalu, masih tiada perkhabaran mengenai jawapan kepada insiden yang menimpa permata bola sepak negara, Faisal Halim, Mei lalu.
EPL: Leicester terlepas peluang tumbangkan Liverpool di Anfield -- Van Nistelrooy
Ruud van Nistelrooy melihat kekalahan 1-3 Leicester City kepada Liverpool di Anfield awal pagi tadi sebagai satu peluang yang dipersiakan buat pasukan yang sedang bergelut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Liverpool melebarkan penguasaan di tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada tujuh mata apabila bangkit menewaskan Leicester City 3-1 di Anfield awal pagi tadi.
Dyche sees Everton's confidence growing ahead of Forest clash
Preview: Everton v Forest
Rice hopes 2025 'brings trophies' for Arsenal after narrow Ipswich win
Rice hopes 2025 'brings trophies'
Kings fire coach Mike Brown in third season
Kings fire coach Mike Brown
Frank and Hurzeler disagree on 'fair result' as Brentford hold Brighton
Hurzeler irked by Brentford draw
Arsenal 1-0 Ipswich Town: Havertz strike sends Gunners second
Report: Arsenal 1-0 Ipswich
Brighton 0-0 Brentford: Hosts frustrated as Bees pick up rare away point
Report: Brighton 0-0 Brentford
Ronaldo backs Man Utd to 'rise again' under Amorim
Ronaldo: Man Utd will 'rise again'
Postecoglou eyeing Tottenham reinforcements in transfer window
Ange: Spurs need reinforcements
Stoke part company with head coach Pelach
Pelach departs Stoke
Slot hails 'outstanding leader' Van Dijk despite lack of contract update
Slot hails Reds 'leader' Van Dijk