Muzaffar Musa
Fri Feb 26 2021
Stefano Pioli memuji "mentaliti matang" AC Milan sambil mengakui pasukannya sedang melalui waktu sukar daripada segi prestasi.
Milan bergelut untuk ke pusingan 16 Liga Europa (UEL) selepas terikat 1-1 dengan Red Star Belgrade awal pagi tadi tetapi keputusan itu sudah cukup untuk memastikan kemaraan mereka menerusi agregat 3-3 dan peraturan gol di laman lawan.
Gol sepakan penalti Frank Kessie -- jaringan penalti ketujuhnya dalam kesemua kejohanan musim ini -- menyaksikan Milan meneruskan kemaraan dan jaringan penyamaan El Fardou Ben buat Red Star menjadi sia-sia.
Gianluigi Donnarumma menandakan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-22 dengan aksi menyelamat gemilang bagi menafikan jaringan kedua Red Star, yang kehilangan seorang pemain selepas Marko Gobeljic dibuang padang.
Ia merupakan kali pertama sejak musim 2006-07 Milan melepasi pusingan timbal balik peringkat Eropah selepas tidak memenangi perlawanan pertama, di mana ketika itu Carlo Ancelotti membimbing skuad Rossoneri berkenaan menjulang Piala Eropah ketujuh.
Bagaimanapun, Milan kini gagal mencatatkan kemenangan dalam empat perlawanan berturut-turut, tewas dalam dua perlawanan terakhir Serie A, termasuk kekalahan 0-3 kepada seteru setempat dan pencabar kejuaraan, Inter Milan.
Pioli, dalam pada itu, tetap yakin dengan kemampuan pasukannya untuk kembali menemui prestasi terbaik dan belajar daripada kesilapan yang mereka lakukan.
"Pasukan ini mungkin masih muda tetapi memiliki mentaliti yang matang," katanya kepada Sky Italia.
"Amat jelas, kami tidak berada di pretasi terbaik. Setiap kemenangan memberikan kami tenaga dan keyakinan, jadi elemen itu sudah berkurangan sedikit.
"Malangnya, kami tidak dapat mengawal situasi itu dengan lebih baik, dengan lebih ketepatan dalam hantaran dan pilihan kami tetapi perkara terpenting adalah kami layak.
"Di tahap ini, ia tentang perincian dan jurang paling kecil boleh menjadi perbezaan.
"Jika kami fikirkan mengenai musim ini, ia masih dipenuhi dengan perkara positif. Musim kami tidak tamat di sini, memenangi Liga Europa akan memberikan anda tempat dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
"Kami melakukan lebih banyak kesilapan dan tidak ampuh seperti dulu tetapi ia merupakan satu batu loncatan yang amat penting dan ia sesuatu yang getir untuk kami melepasi pusingan ini," katanya.
Milan dituntut melabur tingkatkan kualiti skuad sebaik jamin tiket UCL
Stefano Pioli menggesa Milan agar berani melabur selepas mengesahkan kelayakan Liga Juara-Juara (UCL) untuk musim ketiga berturut-turut.
Pertaruhan besar di antara Milan-Roma atas tiket UCL
Perlawanan di antara Milan dan Roma bernilai dua kali ganda kerana kedua-dua pasukan saling bersaing untuk merebut tiket Liga Juara-Juara (UCL), kata pengurus Rossoneri, Stefano Pioli.
Serie A: Pioli kecewa aksi 'aneh' Leao ketika Milan seri dengan Salernitana
Stefano Pioli kecewa dengan aksi aneh Rafael Leao, yang beraksi di bawah tahap sebenar, ketika AC Milan terikat 1-1 dengan Salernitana dalam perlawanan Serie A di San Siro awal pagi tadi.
Kami tidak boleh sekadar bertahan bertemu Spurs -- Pioli gesa Milan pamer aksi agresif
Stefano Pioli memberi amaran kepada pemain Milan bahawa mereka tidak boleh hanya berdiam diri dan bertahan dalam ketika bertemu Tottenham dalam aksi pusingan 16 Liga Juara-Juara esok.
Serie A: Pioli kecewa Milan gagal kalahkan Cremonese
Ketua jurulatih AC Milan, Stefano Pioli, kecewa apabila pasukannya terikat 0-0 dengan Cremonese dalam perlawanan Serie A di Stadio Giovanni Zini awal pagi tadi.
Sambungan kontrak tanda visi Milan -- Pioli
Stefano Pioli berkongsi penghargaan selepas menandatangani kontrak lanjutan untuk mengekalkannya sebagai jurulatih Milan sehingga akhir musim 2024-25.
Serie A: Pioli bangga semangat tidak mengalah AC Milan ketika atasi Verona
Semangat tidak mengalah AC Milan menjadi kunci kejayaan pasukan itu, di mana jaringan lewat permainan Sandro Tonalik memastikan kejayaan 2-1 mereka ke atas Hellas Verona dalam perlawanan Serie A di Stadio Marc'Antonio Bentegodi awal pagi tadi.
UCL: Pioli anggap tewaskan Dinamo Zagreb langkah positif buat AC Milan
Ketua jurulatih AC Milan, Stefano Pioli, gembira dengan cara pasukannya menewaskan Dinamo Zagreb dalam perlawanan Kumpulan E, Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di San Siro awal pagi tadi.
Serie A: Pioli kecewa dengan kad merah Leao sewaktu Milan tewaskan Samprodia
Ketua jurulatih AC Milan, Stefano Pioli, berbangga dengan aksi yang dipamerkan pasukannya ketika menewaskan Sampdoria 2-1 dalam perlawanan Serie A di Stadio Comunale Luigi Ferraris awal pagi tadi.
Pioli tidak gemar lihat permainan Milan selepas seri dengan Sassuolo
Ketua jurulatih AC Milan, Stefano Pioli, mengkritik aksi buruk pasukannya ketika terikat tanpa jaringan dengan Sassuolo dalam aksi Serie A awal pagi tadi tetapi yakin keadaan itu akan berubah menjelang aksi 'derby' menentang Inter hujung minggu ini.
Pioli focused on Genoa clash as speculation intensifies over Milan exit
Rossoneri supporters have made their feelings towards Milan clear, but Stefano Pioli just wants to see the Serie A season through.
Arteta lauds Saka hunger after Arsenal put pressure on Man City
Bukayo Saka got Arsenal going on Saturday before the Gunners eased to a comprehensive victory over Bournemouth at Emirates Stadium.
Thomas Cup: Malaysia's campaign ends after 3-1 defeat to China
Malaysia’s Thomas Cup run came to an end at the hands of host China, who won 3-1 in the semi-finals to book a 14th final appearance where they will face Indonesia in the city of Chengdu on Sunday.
Ipswich Town promoted to Premier League after 22-year absence
Premier League football will return to Portman Road in 2024-25 after Ipswich Town pipped Leeds United to second spot in the Championship.
Arsenal 3-0 Bournemouth: Gunners put pressure back on Man City in title race
Mikel Arteta will hope Manchester City slip-up later on Saturday after Arsenal eased past Bournemouth at Emirates Stadium.
Juve boss Allegri thinks Roma will be hungry after Leverkusen loss
Allegri: Roma will be hungry
Slot focused on Feyenoord task as Liverpool speculation swirls
Slot focused on Feyenoord
Kirby hopes 'job done' after leaving Chelsea in 'better place'
Kirby waves goodbye to Chelsea
Klopp has '500 reasons' for Liverpool revenge against Spurs after VAR controversy
Preview: Liverpool v Spurs
Pep Guardiola backs England for Euro 2024 success
Guardiola backing Three Lions