BAYERN 2 GALATASARAY 1

Bayern Munich melakar empat kemenangan sempurna sepanjang saingan Kumpulan A Liga Juara-Juara (UCL) pada musim ini dengan menjadikan Galatasaray sebagai mangsa seterusnya dengan kemenangan 2-1 di Allianz Arena awal pagi tadi.


Selepas sejam aksi, pelawat berjaya memasukkan bola ke dalam gawang namun Lucas Torreira berada pada kedudukan ofsaid.

Tersentak dengan jaringan ofsaid tersebut, tuan rumah terus garang apabila Harry Kane menyambar kemas sepakan percuma Joshua Kimmich bagi meletakkan tuan rumah 1-0 di hadapan.

Bagaikan dirasuk, Kane cemerlang menambah derita pelawat dengan gol kedua pada minit ke-86 perlawanan.

Bagaimanapun, pengendali Bayern, Thomas Tuchel masih tidak berpuas hati dengan kemaraan mereka dan berkata

"Kami sangat bertuah kerana mempunyai peluang yang sangat besar.




"Namun agak kurang efisien pada beberapa ketika ingin menterjemahkan kepada jaringan.

"Kami agak tidak teratur dan tindakan kami tidak tepat.

"Kami tidak dapat menyudahkan peluang sebagaimana ketika bertemu Bayern.

"Ia suatu perlawanan yang sangat sengit, apapun saya amat gembira dengan tenaga dan keazaman yang ditonjolkan anak buah pada hari ini.

"Secara keseluruhan kami berhak untuk menang dan mencapai ke peringkat kalah mati," jelas Tuchel.