Harry Kane meneruskan prestasi pecah rekod dengan menjadi pemain Inggeris paling banyak meldak gol dalam satu musim Bundesliga apabila membantu memastikan kemenangan 1-0 Bayern Munich ke atas Cologne.

Kapten England, Kane menjaringkan gol ke-18 musim ini hasil jaringan pada separuh masa pertama untuk melonjakkan Bayern ke puncak liga, mengatasi Bayer Leverkusen.

Jumlah jaringan penyerang berusia 30 tahun kini melebihi satu yang diperoleh Kevin Keegan ketika mewakili Hamburg pada musim 1978-79 dan jumlah Jadon Sancho ketika bersama Borussia Dortmund pada 2019-20.


18 gol yang dihasilkan hanya hadir menerusi 12 perlawanan liga sejak berhijrah dari Tottenham, manakala meledak 22 gol dalam 17 perlawanan dalam semua pertandingan.