DORTMUND 0 BAYERN 4

Harry Kane menjaringkan hatrik ketiganya dalam pertembungan Der Klassiker ketika Bayern Munich menewaskan Borussia Dortmund 4-1 di Signal Iduna Park awal pagi tadi.


Bayern akhirnya berjaya bangkit selepas penyingkiran memalukan dalam saingan DFB-Pokal ke kelab divisyen tiga, Saarbrucken, dengan Dayot Upamecano memberikan jaringan pendahuluan sebelum Kane menambah gol kedua selepas hanya sembilan minit perlawanan.

Kapten pasukan England itu kemudiannya menjaringkan dua lagi jaringan selepas waktu rehat, melengkapkan 'treble' pada masa tambahan untuk menjadikan jumlah 15 gol peribadi dalam 10 perlawanan liga, sekali gus meletakkan Bayern hanya dua mata di belakang pendahulu, Bayer Leverkusen.



"Ini berdasarkan pengalaman. Sudah tentu dia mampu meneruskan prestasi terbaiknya bersama England malah mengekalkan rentak itu bersama kami.

"Kane konsisten memperagakan aksi cemerlang dalam saingan Bundesliga saban minggu. Kami sangat gembira dengan kehadirannya." kata kapten Bayern, Manuel Neuer.