Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato' Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin, mengadakan pertemuan bersama Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bagi membincangkan pelan pembangunan bola sepak negara.
Turut hadir bersama adalah Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, dalam berkongsi pandangan untuk meningkatkan taraf bola sepak negara menerusi peruntukan dana RM15 juta yang akan disalurkan bagi memperkukuhkan skuad Harimau Malaya.
"Saya telah hadir bersama Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Dato' Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengadap Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor untuk membincangkan pelan pembangunan bola sepak Malaysia.
"RM15juta khas yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri untuk pasukan Harimau Malaya perlu digunakan dengan sebaiknya bagi membantu pasukan kebangsaan.
"Patik telah mendengar pandangan dan cadangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dalam perancangan yang telah disediakan oleh FAM dan semua ini akan diteliti bersama oleh KBSMalaysia dan Kementerian Kewangan.
"Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempunyai pengalaman dalam meningkatkan taraf bola sepak dan saya juga berterima kasih kepada Perdana Menteri secara peribadi kerana memberikan perhatian untuk membantu skuad kebangsaaan kita." kata Hannah Yeoh menerusi laman Facebook.
Sebelum ini, Kerajaan Madani mengumumkan sejumlah RM230 juta bagi memacu industri sukan negara dan peruntukan RM15 juta untuk pembangunan pasukan Harimau Malaya dalam Pembentangan Belanjawan 2025, minggu lalu.
Saufi Tahir
Fri Oct 25 2024
ACL2: Kim Do-heon akui kehebatan Selangor
Pengendali Jeonbuk Hyundai Motors FC, Kim Do-heon mengakui Selangor bermain cukup baik ketika menewaskan pasukannya 2-1 dalam aksi Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Rabu.
Indonesia jadi mangsa amuk kelab Belanda
Skuad wanita ADO Den Haag melakar kenduri gol selepas menewaskan skuad wanita Indonesia 11-1 dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium SV Den Hoorn, kelmarin.
Kelayakan Piala Dunia: Roberto Mancini, Arab Saudi berpisah
Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) mengesahkan Roberto Mancini telah melepaskan peranannya sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaaan negara itu selepas mendapat persetujuan bersama.
TMJ, Perdana Menteri bincang pelan pembangunan bola sepak Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato' Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin, mengadakan pertemuan bersama Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bagi membincangkan pelan pembanggunan bola sepak negara.
Erik Ten Hag kecewa Manchester United tiada 'naluri pembunuh'
“Dia ada satu mata di situasi penalti dan satu mata di bangku simpanan dan melihat tingkah laku saya. Itulah sebabnya dia adalah salah seorang pengadil terbaik di dunia,” ujar Mourinho.
700 tiket buat penyokong JDT di MBPJ telah terjual
Selangor mengumumkan bahawa kesemua 700 tiket yang diperuntukkan buat pasukan telah habis terjual sempena saingan minggu ke-14 Liga Super 2024/2025 antara Selangor menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Ahad ini.
Indonesia di hadapan Malaysia, dibezakan tiga anak tangga
Kemas kini terbaru ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menyaksikan Harimau Malaya menduduki tangga ke-133 dunia selepas mengharungi satu perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1, minggu lalu.
Harimau Malaya jatuh satu anak tangga, kini ranking ke-133 dunia
Harimau Malaya turun satu anak tangga dari kedudukan 132 ke-133 dunia dalam kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Khamis.
ACL2: Nidzam Jamil puas hati prestasi pemain meskipun kehilangan tonggak penting
Meskipun turun dalam keadaan serba kekurangan ekoran kecederaan pemain utama seperti Safuwan Baharudin, Noor Al-Rawabdeh, Alvin Fortes serta lain-lain, Selangor tetap mempamerkan aksi meyakinkan sepanjang 90 minit permainan.
ACL2: 'Sentiasa rendah diri, ingat asal usul'
Pujian harus diberikan kepada pemain muda kebangsaan, Harith Haiqal Adam Afkar, yang memikul tugas selaku ketua pasukan berjaya mencetak satu gol buat Selangor, sekali gus meraih kemenangan dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya, malam tadi.
2026 Commonwealth Games organizers slammed for dropping badminton
Several badminton associations have slammed the decision of the 2026 Commonwealth Games organizers to exclude badminton from the Games that is scheduled to be held in the city of Glasgow, Scotland.
Howe demands Newcastle rediscover shooting boots ahead of Chelsea trip
Preview: Chelsea v Newcastle United
Napoli boss Conte braced for emotional Lecce reunion
Conte braced for Lecce reunion
'It's incredible - his peripheral vision' - Mourinho sarcastically jibes at referee Turpin after red card
Mourinho jibes at referee Turpin
'I thought we had Neymar on the left wing' - Maddison salutes 'fearless' Moore
Maddison compares Moore to Neymar
Rangers 4-0 FCSB: Cerny stars as Clement's side put four past visitors
Report: Rangers 4-0 FCSB
Fenerbahce 1-1 Manchester United: Mourinho's men peg Red Devils back
Report: Fenerbahce 1-1 Man Utd
Tottenham 1-0 AZ: Richarlison penalty keeps Postecoglou's side perfect
Report: Tottenham 1-0 AZ
Smith: It's nice for England to 'revert pressure' onto Pakistan in final Test
Smith pleased to 'revert pressure'
Alonso: Landmark 400th race 'demonstrates my passion for F1'
Alonso previews landmark 400th race