Selangor mengumumkan bahawa kesemua 700 tiket yang diperuntukkan buat pasukan telah terjual sempena saingan minggu ke-14 Liga Super 2024/2025 antara Selangor menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Ahad ini.

Kelab dari Lembah Klang itu turut menjelaskan bahawa penyokong pasukan pelawat tidak dibenarkan untuk membeli tiket penyokong tuan rumah selain tiada penjualan tiket secara online dan fizikal di stadium buat penyokong pelawat.





Malah, penyokong yang memakai jersi pasukan pelawat tidak dibenarkan untuk masuk mengikut pintu pasukan pasukan tuan rumah nanti.