Pujian harus diberikan kepada pemain muda kebangsaan, Harith Haiqal Adam Afkar, yang memikul tugas selaku ketua pasukan berjaya mencetak satu gol buat Selangor, sekali gus meraih kemenangan dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya, malam tadi.

Pemain berusia 22 tahun itu berharap dia dan rakan sepasukannya mampu mengekalkan konsistensi demi membawa cabaran sejauh mungkin dalam kejohanan peringkat tertinggi Asia itu musim ini.

"Memakai lilitan kapten di sebuah kelab besar di Malaysia. Saya mengambil perkara tersebut sebagai tanda positif walaupun masih berumur 22 tahun.



"Saya memegang kata-kata ayah saya: 'Sentiasa merendah diri, dan ingat di mana asal usul saya kerana saya hanya seorang budak dari Klang yang meminati bola sepak.

"Kami akan cuba yang terbaik untuk layak ke pusingan seterusnya tetapi masih ada aksi di tempat lawan selain memperbaiki kekurangan pasukan setiap aksi," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.