Skuad wanita ADO Den Haag melakar kenduri gol selepas menewaskan skuad wanita Indonesia 11-1 dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium SV Den Hoorn, Belanda, kelmarin.

Kelab Belanda yang merupakan juara liga wanita Eredivisie musim 2011/2013 itu hanya memerlukan lima minit untuk menjaringkan gol pembukaan serta mendominasi perlawanan sepenuhnya sekali gus menutup babak pertama dengan bargaya untuk mendahului 8-0.






Jaringan sagu hati Indonesia hadir pada minit ke-87 selepas hantaran kebelakang menghukum pasukan tuan rumah untuk kedudukan berakhir dengan keputusan anak buah Satoru Mochizuki tewas 11-1.

Skuad wanita Indonesia akan berdepan skuad utama wanita Belanda hari ini sebagai persiapan terakhir sebelum beraksi di Piala AFF 2024, bulan depan.