Pengerusi Sunderland, Ellis Short, mengakui kesilapan telah dibuat sepanjang tempoh perkhidmatannya apabila kelab itu tergelincir daripada Liga Perdana Inggeris, malam tadi.
Kekalahan 1-0 kepada Bournemouth, hasil jaringan lewat Joshua King, mengesahkan kejatuhan skuad David Moyes selepas 10 tahun berada dalam liga utama England.
Short dan Moyes dikritik oleh penyokong sejak beberapa minggu kebelakangan ini dan ahli perniagaan dari Amerika Syarikat itu mengakui pengambilan pemain menyumbang kepada penyingkiran mereka.
Dia berkata dalam satu kenyataan: "Saya memohon maaf kami tidak dapat mengekalkan status dalam liga utama.
"Saya mengakui ketika pemilikan saya, saya telah membuat kesilapan, terutama dalam aspek pengambilan pemain, dan hasilnya kami mendapati diri kami terpaksa berjuang untuk hidup dalam beberapa musim ini.
"Kami mendapat gangguan hebat semasa jendela perpindahan musim panas dan jumlah kecederaan yang belum pernah terjadi sepanjang musim ini. Ia adalah kesukaran yang tidak dapat diatasi dan sekarang kami membayar harga untuk itu.
"Kami perlu tingkatkan, di dalam dan di luar padang, dan walaupun kekecewaan pahit hari ini ada keazaman yang kuat untuk berbuat demikian di kelab.
"Ada kerja penting yang perlu dilakukan sepanjang musim panas dan apabila musim tamat, kami berhasrat berkongsi rancangan kami untuk bergerak ke hadapan dengan penyokong kami."
Sunderland mempunyai baki empat perlawanan musim ini, berdepan dua buah lagi kelab bermasalah, Hull City dan Swansea City, sebelum menghadapi Arsenal dan pendahulu liga, Chelsea.
Astro Arena
Sun Apr 30 2017


Manchester United hantar Amad Diallo timba pengalaman bersama Sunderland
Penyerang Manchester United, Amad Diallo, telah menyertai kelab Kejuaraan, Sunderland, secara pinjaman untuk baki musim 2022-23.

Nketiah tabik rakan sepasukan selepas jaring hatrik pertama bersama Arsenal
Eddi Nketiah memberi kredit kepada rakan sepasukannya selepas menjaringkan hatrik pertamanya bersama Arsenal, sekali gus memastikan kemaraan dalam separuh akhir Piala Liga Inggeris (EFL) dengan menewaskan Sunderland awal pagi tadi.

Piala EFL: Hatrik Nketiah bawa Arsenal ke separuh akhir
Eddie Nketiah memainkan watak wira apabila jaringan hatriknya membawa Arsenal ke separuh akhir Piala Liga Inggeris (EFL) selepas menewaskan Sunderland 5-1 di Stadium Emirates awal pagi tadi.

Moyes tinggalkan Sunderland
David Moyes telah meletakkan jawatan sebagai pengurus Sunderland, semalam.

Short mohon maaf di atas penyingkiran Sunderland
Pengerusi Sunderland, Ellis Short, mengakui kesilapan telah dibuat sepanjang tempoh perkhidmatannya apabila kelab itu tergelincir daripada Liga Perdana Inggeris, malam tadi.

Moyes: Ia hari saya yang paling teruk dalam bola sepak
David Moyes mengakui penyingkiran Sunderland daripada Liga Perdana Inggeris, yang disahkan dengan kekalahan 1-0 kepada Bournemouth malam tadi, adalah hari terburuk dalam kerjaya bola sepaknya.

Sunderland tersingkir selepas 10 tahun dalam Liga Perdana Inggeris
Sunderland tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris selepas tewas 1-0 di tempat sendiri kepada Bournemouth, malam tadi.

Zlatan kunci kemenangan United
Jose Mourinho menyifatkan Zlatan Ibrahimovic merupakan inspirasi Manchester United ketika meraih kemenangan 3-0 ke atas Sunderland di Stadium of Light.

Moyes: Kad merah Larsson punca kekalahan Sunderland
Pengurus Sunderland, David Moyes menegaskan keputusan melayang kad merah kepada Sebastian Larsson merupakan punca kekalahan mereka serta selangkah lebih hampir untuk tersingkir daipada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila tewas 3-0 kepada Manchester United, semalam.

Moyes percaya Sunderland akan terus kekal di EPL
David Moyes masih percaya Sunderland mampu mengelak daripada penyingkiran Liga Perdana Inggeris setelah tewas 1-0 kepada Watford yang menyaksikan mereka hanya melakar satu kemenangan untuk tahun 2017.

VAR involved in controversial PSG penalty call stood down from duty
Thomas Kwiatkowski will no longer be among the officials in charge of Real Sociedad v Red Bull Salzburg.

Callum McGregor determined to help Celtic end Champions League campaign on high
Lazio’s 2-0 win in Rome on Tuesday night ensured the Hoops will finish bottom of their group for the second straight year.

It wasn’t a penalty – Newcastle’s Kieran Trippier disappointed as PSG nick point
Kylian Mbappe’s spot-kick with seconds remaining earned the hosts a 1-1 draw at the Parc des Princes.

Eddie Howe’s Champions League passion undiminished by Paris penalty controversy
Newcastle’s fate is no longer in their own hands.

Football rumours: Timo Werner emerges as Man Utd January transfer window target
The German striker is on the radar at Old Trafford as reinforcements are lined up.

NBA: Antetokounmpo, Lillard help Bucks clinch quarterfinal spot
Giannis Antetokounmpo had 33 points and the Milwaukee Bucks topped the Miami Heat 131-124 to secure a quarterfinal spot

On this day in 2015: Great Britain end long wait for Davis Cup win
Andy Murray was involved in all three points won by Great Britain in the final.

Alan Shearer blasts ‘disgusting’ penalty as Newcastle denied win in Paris
Shearer joined other former Newcastle players in criticising the decision to award Paris St-Germain a late penalty.

Late penalty leaves Eddie Howe ‘hugely frustrated’
The Magpies need to beat AC Milan in their final game to have a chance of making the last 16.

First half was the worst I’ve seen us – Phil Foden savours thrilling fightback
Foden scored one goal and made two as Manchester City came from 2-0 down to beat RB Leipzig.