David Moyes telah meletakkan jawatan sebagai pengurus Sunderland, semalam.

Moyes memberitahu pemilik skuad Black Cats, Ellis Short, mengenai hasratnya untuk meninggalkan jawatan itu, sehari selepas perlawanan terakhir Sunderland dalam Liga Perdana Inggeris sebelum tersingkir ke Liga Kejuaraan pada musim 2017-18.

Short dalam pengumuman ringkasnya berkata: "Saya yang menjalankan proses pelantikan David Moyes pada musim lepas, jadi ia sukar untuk mengumumkan berita peletakan jawatannya."

"Setelah bekerja keras untuk memastikan Sunderland tidak tersingkir daripada Liga Perdana, David telah memilih untuk meninggalkan pasukan tanpa sebarang syarat."

"Kami tiada apa-apa masalah selain mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya buat David."

Moyes berkata: "Terima kasih kepada Ellis Short dan seluruh pasukan kerana memberi saya peluang untuk mengurus Sunderland, serta penyokong yang sentiasa menyokong pasukan dengan penuh semangat."

Antara nama hangat yang bakal menggantikan Moyes adalah bekas pengendali Leicester City dan Derby County, Nigel Pearson.