Separuh masa pertama menyaksikan Portugal dan Slovenia terikat 0-0 tanpa jaringan dalam perlawanan pusingan 16 yang berlangsung di Arena Frakfurt, sebentar tadi.

Peluang terbaik Portugal hadir pada minit ke-33 menerusi sepakan percuma yang diambil oleh Cristiano Ronaldo di luar kotak penalti tetapi sepakan kencangnya sedikit tersasar.




Beberapa gerakan daripada jentera serangan Portugal yang mendominasi perlawanan berjaya dikawal kemas oleh benteng pertahanan Slovenia.

Untuk rekod, Ronaldo hanya berjaya menjaringkan satu gol sahaja melalui 58 sepakan percuma secara terus yang diambilnya dalam semua kejohanan antarabangsa.