Turkiye meletakkan barisan pemain terbaik menjelang pertemuan suku akhir EURO 2024 berdepan Austria di Arena Red Bull, Leipzig, sebentar lagi.

Bintang Real Madrid, Arda Guler, bakal membantu jentera hadapan Turkiye bersama Burak Yilmaz, Orkun Kökçü, Kenan Yıldız berikutan tiada tonggak AC Milan, Hakan Çalhanoğlu.




Barisan pertahanan pula, Vincenzo Montella terus memberikan kepercayaan kepada pemain berpenggalaman, Merih Demiral, dan pemain berpenggalaman dalam Liga Turkiye seperti Abdülkerim Bardakci, Mert Müldür, Ferdi Kadıoğlu, Mert Günok (Penjaga gawang).

Dalam pada itu, Marko Arnautović kekal sebagai penggempur utama di bahagian hadapan Austria selain bakal dibantu oleh Konrad Laimer, Christoph Baumgartner, Marcel Sabitzer, Nicolas Seiwald, dan Romano Christian Schmid

Austria kekal membariskan empat benteng pertahanan sama iaitu Stefan Posch, Kevin Danso, Philipp Lienhart, Phillipp Mwene dan Patrick Pentz (Penjaga gawang).



Dalam perlawanan persahabatan terakhir menyaksikan Austria berjaya melakar kemenangan besar 6-1 menewaskan Turkiye di Stadium Ernst Happel pada Mac lalu.