Pelaku yang melakukan jenayah pecah masuk rumah pemain pertahanan Selangor, Ahmad Khuzaimi Piee, dikhabarkan sudah berjaya diberkas oleh pihak polis, malam tadi.

Pemain itu juga melalui perkongsian di laman media sosialnya menunjukkan 'kad pelawat' serta mengunjungi balai polis dan dikhabarkan bagi tujuan insiden pecah masuk yang melanda dirinya pada Mac lalu.

Mengikut perkongsian yang tular, dua pelaku berjaya diberkas selepas mengalami kemalangan jalan raya di Terengganu.





Sebelum ini, dia mengalami kerugian harta benda selepas ruang kediamannya dimasuki sekitar jam 9 malam selepas pulang daripada sesi latihan pasukan di Pusat Latihan FAS.