Seramai 28 pemain dipanggil oleh ketua jurulatih B-19 negara, Juan Torres Garrido, bagi menyertai kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya menjelang Kejuaraan B-19 ASEAN 2024 di Surabaya, Indonesia.

Skuad muda negara akan menjalani latihan pusat selama seminggu sebelum berlepas ke Surabaya pada 15 Julai nanti, Harimau Muda diundi dalam Kumpulan C bersama Brunei, Singapura dan Thailand.






Antara pemain yang mencuri tumpuan adalah pemain muda yang sedang meningkat naik, Muhamad Abu Khalil, yang dikhabarkan bakal menyertai kelab divisyen tiga Jepun, Osaka FC.

Malaysia akan membuka saingan dengan menentang Brunei pada 19 Julai, kemudian Singapura pada 22 Julai dan perlawanan terakhir berdepan Thailand pada 25 Julai di Stadium Gelora Bung Tomo.