Arne Slot berang keputusan pengadil perlawanan, Stuart Attwell, yang tidak melayangkan kad kuning kedua kepada Lucas Bergvall beberapa saat sebelum dia menjaringkan gol tunggal perlawanan separuh akhir pertama Piala EFL, awal pagi tadi.

Bergvall terlepas kad kuning kedua selepas terjahan lewat ke atas Kostas Tsimikas ketika The Reds melakukan serangan balas pada minit ke-84 dan impaknya gol menyusul.

"Apabila dia tidak memberikan kuning kedua, saya tidak menyangka sesiapa akan menyangka ia akan memberi impak yang begitu besar 30 saat kemudian," kata Slot.

“Saya rasa pengadil mungkin juga seperti, adakah ini berlaku? Baginya, ia juga jauh dari ideal."

"Saya 99.9 peratus pasti itu yang dia fikirkan kerana saya tidak boleh melihat di kepalanya dan dia tidak menyatakan perasaannya."


Ini kekalahan kedua yang dialami Slot sejak dia menggantikan Jurgen Klopp pada musim panas ini, tetapi dia mengakui Liverpool mempunyai tugas besar untuk memterbalikkan defisit satu gol pada perlawanan kedua pada 7 Februari untuk kekal di landasan mempertahankan trofi yang dimenangi.