Elon Musk dikhabarkan berminat untuk membeli pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool, menurut penjelasan yang dimaklumkan oleh bapa jutawan itu, Errol Musk.

Kumpulan pemilikan Liverpool Fenway Sport Group (FSG), yang juga memiliki francais MLB Boston Red Sox dan pihak NHL Pittsburgh Penguins, telah bersifat terbuka kepada pelaburan luar.

Pada penghujung 2022, laporan tersebar bahawa SFG berhasrat untuk menjual Liverpool selepas 'tidak popular' dengan penyokong lagi berhubung beberapa isu.





Walaupun pemilik utama kelab itu, John W. Henry, menjelaskan bahawa kelab itu bukan untuk dijual, bapa Elon Musk berkata Ketua Eksekutif Tesla itu berminat dalam melakukan bidaan pengambilalihan The Reds.

"Saya tidak boleh mengulas mengenainya, mereka akan meningkatkan harga.

"Dia mahu, jelas. Sesiapa pun mahu, bagitu juga saya/

"Neneknya dilahirkan di Liverpool, dan kami mempunyai saudara-mara di Liverpool, dan kami bernasib baik kerana mengenali beberapa ahli kumpulan The Beatles kerana mereke membesar bersama keluarga saya. Jadi, kami terikat dengan Liverpool." katanya kepada Times Radio di pautan Liverpool.