Pertembungan cukup menarik antara Liverpool-Manchester United yang berakhir dengan keputusan 2-2 di Anfield dengan cuaca bersalji menambah rencah drama perlawanan tersebut.

Lisandro Martinez meletakkan United di hadapan namun Liverpool sudah kelihatan memperoleh kemenangan apabila Cody Gakpo dan Mohamed Salah menjaringkan gol. Amad Diallo menafikan pendahulu Liga Perdana Inggeris itu tiga mata dengan gol penyamaan dalam aksi yang cukup menarik.

Daripada perlawanan tersebut, ini adalah tiga perkara yang kita peroleh daripada keputusan seri yang mengejutkan di Anfield.

Mainoo, Ugarte menjadi kunci masa depan United

Gandingan tengah Manuel Ugarte dan Kobbie Mainoo beraksi cemerlang buat United dan mereka telah menghadirkan kesukaran buat Liverpool. Ia merupakan satu keputusan berani Amorim namun dia memerlukan pemain tengah yang mampu menguasai ruang dengan baik dalam sistemnya dan dua pemain tersebut berjaya melakukannya.

Secara bertahan mereka bermain baik, menguasai ruang tengah dan mengawal bola dengan cekap, bertemu Liverpool dengan kualiti permainan tersendiri. Dan trio tengah Liverpool yang biasanya tenang kelihatan ketakutan. Mainoo berusia 19 tahun dan Ugarte berusia 23 tahun. Duo tengah ini harus bermain bersama untuk lima tahun akan datang di bawah Amorim dan akan menjadi kunci kepada dia cuba mengembalikan kejayaan lalu ke Old Trafford.


Liverpool punyai masalah Alexander-Arnold

Ia adalah fakta bagi peminat Liverpool di Anfield memihak kepada Trent Alexander-Arnold mengenai laporan di sekelilingnya yang mahu berpindah ke Real Madrid mengatakan semuanya mengenai hanyalah sekadar khabar angin. Dua gol United terhasil daripada sayap kanan sebelum Arne Slot tidak membawa dia keluar. United mendedahkan kelemahan pertahanan itu dan kini timbul persoalan sebenar mengenai fokus Alexander-Arnold kerana dia berada dalam enam bulan terakhir kontraknya di Liverpool dan penampilannya awal pagi menunjukkan dia sudah memikirkan tentang perpindahan ke Real Madrid.


Sistem Amorim akhirnya mula nampak hasil

Seperti kemenangan yang diperoleh ketika bertemu Manchester City, United kelihatan komited, fokus dan menampilkan aksi yang cemerlang. Rata-rata menyatakan apa yang dipamerkan United kali ini jauh lebih baik berbanding kemenangan yang diperoleh Disember lalu ke atas City. Mereka kelihatan bahaya ketika menyerang.

Ramai daripada pemain ini mungkin tidak berada lama di bawah Amorim apabila dia meneruskan rombakannya, tetapi pemain seperti Bruno Fernandes, Mainoo, Ugarte, Lisandro Martinez dan Diogo Dalot mempamerkan persembahan yang hebat dan akan kekal.

Sistem 3-4-2-1 akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan kumpulan ini tetapi pengurus United kini mempunyai pelan tindakan untuk menunjukkan kepada mereka bagaimana mereka boleh menimbulkan masalah kepada lawan.

Hakikatnya mereka menyeksa pendahulu Liga Perdana Inggeris dan meninggalkan Anfield dengan sedikit kecewa dengan keputusan seri mengatakan semuanya dan akan memberinya keyakinan besar dia boleh mula mengubahnya lebih cepat selepas permulaan hambar dalam pimpinannya di Old Trafford.