Muhammad Saufi
Thu Jan 09 2025
Lucas Bergvall muncul wira Tottenham Hotspurs selepas jaringan lewatnya memacu The Lilywhites membawa bekalan tipis selepas menewaskan Liverpool 1-0 dalam saingan separuh akhir pertama Piala EFL di laman sendiri, awal pagi tadi.
Gol pertama Bergvall itu hadir ketika perlawanan berbaki empat minit di Stadium Tottenham Hotspur, dengan mereka akan membuat perhitungan sekali lagi dalam aksi separuh akhir kedua di Anfield, bulan depan.
Spurs berpeluang mendahului lebih awal menerusi Dominic Solanke yang menewaskan Alisson Becker pada minit ke-79, namun jaringannya dinafikan selepas pengadil melakukan semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) dan menunjukkan dia berada dalam kedudukan ofsaid.
Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool- menyasarkan untuk mara ke pusingan akhir berturut-turut buat kali pertama sejak rekod empat kali berturut-turut antara tahun 1981 dan 1984- optimis mampu melangkah walaupun tewas awal pagi tadi.
Untuk rekod, Bergvall menjadi pemain termuda iaitu berusia 18 tahun 341 hari yang menjaringkan gol untuk Spurs dalam saingan Piala EFL sejak Gareth Bale pada September 2007 ketika berusia 18 tahun 72 hari ketika berdepan Middlesbrough.
Declan Rice yakin Arsenal mampu tamatkan kemarau piala
'Ia bergantung kepada kami' -- Itulah luahan pemain tengah Arsenal, Declan Rice, sambil menaruh keyakinan bahawa pasukannya mampu menamatkan kemarau tanpa piala musim ini.
EPL: Jaringan minit akhir Reece James selamatkan maruah Chelsea
Selepas Manchester City dan Liverpool, giliran Chelsea pula mencatatkan keputusan seri 2-2 berdepan Bournemouth dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge, awal pagi tadi.
EPL: Cubaan bawa pulang tiga mata gagal, Brentford sekat hajat Man City
Prestasi terumbang-ambing juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, terus menjadi alasan selepas diikat 2-2 oleh Brentford pada saat akhir di Stadium Komuniti Gtech, awal pagi tadi.
EPL: 'Jabatan Perhutanan' hampir buat Liverpool menangis lagi
Liverpool hampir ditewaskan sekali lagi oleh Nottingham Forest dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di City Ground, sebentar tadi.
ACC Shopee Cup: Manuel Ott sedia pacu cabaran Terengganu di pentas Asia, liga
Arkitek Terengganu, Manuel Ott, enggan meletakkan dirinya dalam dilema untuk memikirkan mengenai kempen Piala Malaysia 2024/25 mahupun Kejohanan Kelab Asean ACC Piala Shopee 2024/25.
Kongres FAM: Perebutan kerusi presiden makin rancak!
Kongres Pemilihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semakin menarik apabila seorang lagi individu luar menawarkan diri untuk bertanding jawatan dalam badan induk itu.
Isteri saya adalah yang terbaik -- Guardiola bercerai selepas 30 tahun berumah tangga
Rumah tangga yang berusia 30 tahun Pep Guardiola akhirnya berakhir, menurut laporan di Sepanyol.
Penyokong Harimau Malaya harap bakat tempatan tidak terabai
Penyokong Harimau Malaya rata-ratanya melihat revolusi bola sepak negara daripada pandangan berbeza susulan akan mempunyai lambakan pemain warisan.
Penjaga gol utama wanita negara terbang ke Albania
Penjaga gol utama skuad bola sepak wanita negara, Azurin Mazlan, akan berkelana di Albania setelah melengkapkan perpindahan ke FKK Vllaznia selepas membantu Sabah meraih gelaran naib juara dalam kancah Liga Wanita Nasional (LWN).
Watak penting selamatkan insiden Eriksen, Simon Kjaer sah umum persaraan
Bekas ketua pasukan Denmark, Simon Kjaer, secara rasminya mengumumkan persaraan daripada arena bola sepak selepas sudah bergelar pemain selama 23 tahun sepanjang kariernya.
Emery anticipates 'excited' Everton as Moyes returns to Goodison
Emery wary of motivated Everton
Djokovic 'feels bad' he missed Nadal's farewell to tennis
Djokovic on missing Nadal farewell
Leyton Orient tee up glamour Man City tie in FA Cup
Leyton Orient tee up Man City tie
Forest not discussing Premier League title chances, says goalkeeping hero Sels
Forest not discussing title hopes
Celtic 'too passive' and 'not aggressive enough' in Dundee draw
Celtic 'too passive' v Dundee
Conceicao urges Milan to 'be more solid' despite late Como win
Conceicao: Milan need to be solid
'Not one for the purists' - Potter relieved to get first West Ham win
Potter relieved to get first win
Maresca believes Chelsea deserved more from Bournemouth draw
Maresca frustrated by draw
Slot 'couldn't have asked for more' as Liverpool rally for Forest draw
Slot 'couldn't have asked for more'
Oxford maintain unbeaten run at Plymouth, Watford snatch draw
Oxford and Watford both draw away