Piala Dunia Qatar: Belanda perlu nilai tahap kecergasan Memphis sebelum bertemu Ecuador
Louis van Gaal berkata Belanda akan menilai tahap kecergasan Memphis Depay berikutan penampilannya ketika mengatasi Senegal dalam aksi pembukaan Piala Dunia awal pagi tadi.
Ammar Hakim
Tue Nov 22 2022
Louis van Gaal berkata Belanda akan menilai tahap kecergasan Memphis Depay berikutan penampilannya ketika mengatasi Senegal dalam aksi pembukaan Piala Dunia awal pagi tadi.
The Oranje memahat penampilan semula mereka ke pentas Piala Dunia dengan kemenangan 2-0 ke atas juara Piala Negara-Negara Afrika (AFCON), hasil jaringan Cody Gakpo dan Davy Klaassen dalam aksi Kumpulan A.
Depay turun sebagai pemain gantian ekoran berdepan masalah hamstring sebelum ini, diperkenalkan pada baki 28 minit permainan di Stadium Al-Thumama dan penyerang Barcelona itu berharap dapat turun bertemu Ecuador Jumaat ini.
"Kami telah bersetuju sebelum perlawanan bahawa dia akan bermain kira-kira setengah jam," kata Van Gaal mengenai Depay.
"Dengan Ecuador, dia mahu bermain, tetapi saya perlu menilai prestasinya selepas perlawanan ini. Saya tidak pernah menyangka kami akan kalah dan, dengan kemasukan Depay, saya mahu mempunyai lebih banyak peluang untuk menjaringkan gol. Dia seorang pemain yang boleh buat perbezaan."
38 - Louis van Gaal won his 38th game in charge of @OnsOranje, a new record for a Dutch NT manager (Dick Advocaat 37). Golden. pic.twitter.com/dH2uN60qEM