Shaiful Shamsudin
Thu Sep 01 2022
Memphis Depay bertekad mencurahkan masa depannya bersama Barcelona sambil berkata bahawa dia komited untuk memenuhi kejayaan di kelab itu.
Pemain antarabangsa Belanda itu masih belum beraksi bersama gergasi Catalan berkenaan musim ini dan telah dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Serie A, Juventus.
Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea, Tottenham dan Newcastle United turut dikhabarkan berminat untuk menandatangani bekas penyerang Manchester United dan Lyon itu.
Bagaimanapun, pemain berusia 28 tahun tersebut melalui media sosial mengesahkan dia tidak akan meninggalkan Camp Nou dengan menciap di Twitter: "Saya memutuskan untuk kekal di Barca! Memberikan komitmen penuh untuk menyumbang kepada kejayaan kelab."
Rakannya di bahagian penyerang, Martin Braithwaite, memilih pesaing LaLiga, Espanyol.
Pemain berusia 31 tahun itu menyertai kelab berkenaan daripada Leganes pada Februari 2020 ketika Barca melengkapkan perpindahan terdesak di luar musim pembelian berikutan kecederaan yang melanda Ousmane Dembele.
Braithwaite menyumbangkan dua gol dalam Liga Juara-Juara (UCL) ke atas Dynamo Kyiv dalam kempen 2020-21, tetapi kecederaan pada musim lalu menyebabkannya tersisih lama.
Kontrak penyerang Denmark itu sah ditamatkan awal pagi tadi.
Deco harap Pedri perbaharui kontrak bersama Barcelona
Pengarah sukan Barcelona, Deco, berharap Pedri akan menandatangani kontrak jangka masa panjang baharu bersama kelab dalam masa terdekat, ketika kontrak pemain tengah itu bakal berakhir pada 2026.
LaLiga: Barcelona terpaksa akur tewas kali kedua
Pendahulu LaLiga, Barcelona, terpaksa menelan hakikat kekalahan buat kali kedua dalam kempen liga kali ini dalam aksi penuh kontroversi ketika berdepan dengan Real Sociedad, di Stadium Anoeta, awal pagi tadi.
UCL: Gol berganda Lewandowski bantu Barcelona atasi Red Star Belgrade
Bintang serangan, Robert Lewandowski, menjaringkan satu gol dalam setiap separuh masa ketika membantu Barcelona menewaskan Red Star Belgrade 5-2 dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Stadium Rajko Mitic awal pagi tadi.
LaLiga: Barcelona selesa di puncak liga dengan jurang sembilan mata
Barcelona mendahului dengan sembilan mata di puncal LaLiga selepas melakar kemenangan 3-1 mengatasi Espanyol dalam aksi Derby Catalan di Stadium Camp Nou, awal pagi tadi.
Hansi Flick gesa penggantungan aksi LaLiga selepas banjir kilat Sepanyol
Barcelona berada dalam semangat yang tinggi menjelang perlawanan derby Ahad menentang Espanyol, walaupun Hansi Flick tidak fikir perlawanan LaLiga harus dimainkan hujung minggu ini.
LaLiga: Hansi Flick nikmati momen di Barcelona selepas benam Real Madrid, Bayern Munich
Ketua jurulatih Barcelona, Hansi Flick, menikmati momen sebagai jurulatih Blaugrana ketika ini selepas meraikan kejayaan besar apabila membenam Real Madrid 4-0 dalam aksi El Clasico saingan LaLiga di Santiago Bernabeu, kelmarin.
Kami terluka -- Kata Carlo Ancelotti selepas tewas kepada Barcelona
Carlo Ancelotti menjelaskan Real Madrid tidak perlu 'membuang segala-galanya ke dalam tong sampah' selepas tewas 4-0 kepada Barcelona dalam perlawanan El Clasico pertama musim ini di Stadium Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.
LaLiga: Dua gol Lewandowski bantu Barcelona ratah Real Madrid di Santiago Bernabeu
Barcelona menewaskan seteru tradisi, Real Madrid, 4-0 dalam perlawanan El Clasico pertama musim ini untuk mendahului dengan jurang empat mata di puncak LaLiga sekali gus menamatkan rekod tanpa kalah Los Blancos selama setahun.
LaLiga: Carlo Ancelotti tidak gentar berdepan Barcelona
Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti, menjelaskan dirinya sangat menghormati Barcelona tetapi dia tidak berasa gentar dengan pendahulu LaLiga itu menjelang pertembungan El Clasico yang epik antara dua kelab gergasi Sepanyol itu, esok.
UCL: Hatrik Raphinha pacu Barcelona belasah Bayern Munich tanpa belas
Kapten Barcelona, Raphinha, menjaringkan hatrik ketika Barcelona membelasah Bayern Munich 4-1 dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Estadi Olimpic Lluis Companys awal pagi tadi.
France 37-23 Argentina: Les Bleus wrap up campaign with third win
Report: France 37-23 Argentina
Plymouth Argyle 2-2 Watford: Two-goal Gray rescues point for Rooney's side
Report: Plymouth Argyle 2-2 Watford
Paris Saint-Germain 3-0 Toulouse: Neves stars in comfortable home win
Report: PSG 3-0 Toulouse
Bayern Munich 3-0 Augsburg: Hat-trick hero Kane smashes Bundesliga record
Report: Bayern 3-0 Augsburg
Messi 'will be our No.10 in 2026', hopes Inter Miami chief Mas
Inter Miami hint at Messi stay
Man United could be without Toone until Christmas, says Skinner
Toone sidelined with thigh injury
Haaland has 'full trust' in Guardiola to halt Man City slump
Full trust in Guardiola - Haaland
Al-Nassr 1-2 Al-Qadsiah: Aubameyang winner ends hosts' unbeaten run
Report: Al-Nassr 1-2 Al-Qadsiah
Arsenal handed another injury blow as White ruled out for 'months'
White ruled out for months
England must be 'brave on the ball' to halt winless run, says Borthwick
Borthwick: England must be brave