Muzaffar Musa
Sat Jan 21 2023
Memphis Depay melengkapkan perpindahannya ke Atletico Madrid daripada Barcelona.
Pemain kebangsaan Belanda itu, yang dibenarkan untuk berlatih bersama Atletico sejak Khamis lalu, menandatangani kontrak selama dua setengah tahun di Civitas Metropolitano.
Atletico dilaporkan membayar €3 juta (RM13.98 juta) kepada Barca untuk mendapatkan pemain itu, yang akan tamat kontrak pada Julai depan, dengan potensi untuk meningkat sebanyak €4 juta (RM18.65 juta).
Depay menyertai Barca secara perpindahan percuma daripada Lyon menjelang musim 2021-22 untuk kembali bersama bekas jurulatihnya, Ronald Koeman, yang pernah melatihnya dalam skuad kebangsaan Belanda tetapi Koeman kemudian dipecat Blaugrana pada penghujung Oktober 2021.
Xavi dilantik sebagai pengganti Koeman seminggu kemudian dan kelihatan tidak pernah memberikan kepercayaan selayaknya buat Depay.
Kesemua 11 penampilannya dalam LaLiga merupakan sebagai kesebelasan utama tetapi selepas pelantikan Xavi, dia hanya dapat memulakan sembilan daripada 17 perlawanan.
Nasib Depay kian buruk dengan ketibaan Ferran Torres, Pierre-Emerick Aubameyang dan Adama Traore pada Januari 2022.
Walaupun Aubameyang dan Traore tidak lagi bersama Barca, ketibaan Raphinha pada pramusim ini menyaksikan perebutan tempat buat Depay kekal sukar.
Dengan itu, dia hanya dapat melakukan dua penampilan LaLiga musim ini dan tidak pernah beraksi sejak September lalu.
Dia kini berkemungkinan akan dapat melakukan penampilan pertamanya bersama Atletico sewaktu melayani kunjungan Real Valladollid bagi perlawanan LaLiga awal pagi esok.
Dua penjaga gol negara terima penilaian berbeza Joe Hart
Dua penjaga gol kebangsaan mendapat pengiktirafan terpuji daripada bekas pemenang Liga Perdana Inggeris (EPL), Joe Hart, yang menyaksikan beberapa sorotan perlawanan Liga Super Malaysia.
TERKINI: Salam takziah, puteri kedua Nazmi Faiz meninggal dunia
Anak perempuan kedua kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor, dilaporkan sudah meninggal dunia hari ini pada pukul 10.55 pagi tadi.
Seminit RM1,600, gaji Cristiano Ronaldo cecah ratusan juta setiap bulan
Pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo, merupakan penerima gaji terbanyak selepas menandatangani kontrak baru bersama kelab terkemuka Liga Pro Saudi, Al-Nassr.
Kecederaan ACL: Noor Al-Rawabdeh tunjuk peningkatan ketara, bakal kembali perkuat Selangor
Selangor menerima perkhabaran gembira apabila tonggak utama, Noor Al-Rawabdeh, menonjolkan perkembangan memberangsangkan dalam fasa pemulihannya berkenaan kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) yang dialami sejak Oktober lalu.
Stadium Sultan Ibrahim, Johor bakal anjur Piala Dunia!
Buat julung kalinya, Johor bakal melakar sejarah apabila Kejohanan Piala Dunia Pempengaruh 2025 akan diadakan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), September ini.
MFL Challenge Cup: Info siaran langsung (live streaming) Selangor idam ke final tebus kekecewaan Piala Malaysia
Penang akan melayani kunjungan naib juara Piala FA, Selangor, dalam perlawanan separuh akhir MFL Challenge Cup yang akan berlangsung di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, malam ini.
EPL: Arne Slot bangga Darwin Nunez selamatkan maruah Liverpool
Ketua jurulatih Liverpool, Arne Slot, memuji ketangkasan pemain Uruguay, Darwin Nunez, yang menjadi wira menjaringkan gol pada minit akhir buat pasukannya meraih kemenangan dramatik 2-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.
EPL: Mikel Arteta semakin tertekan melihat Liverpool, bangga tetapi juga kecewa dengan pemain
Ketua jurulatih Arsenal, Mikel Arteta, meluahkan perasaan bercampur baurnya tatkala berbangga dengan anak buah tetapi juga kecewa tidak memanfaatkan kelebihan dua gol yang berkesudahan seri 2-2 menentang Aston Villa di Stadium Emirates, semalam.
MFL Challenge Cup: Enam gol warnai aksi PDRM-Kedah di Selayang
PDRM mempersiakan peluang untuk meraih slot awal ke pentas final MFL Challenge Cup apabila terikat 3-3 menentang Kedah Darul Aman dalam perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada Sabtu.
Separuh akhir Unifi Piala Malaysia: Gol Kpah Sherman bantu Sri Pahang ikat Sabah di Likas
Sri Pahang mengikat Sabah 1-1 dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2024/25 di Stadium Likas, sebentar tadi.
Australian Open: Draper withdrawal hands Alcaraz victory
Alcaraz into AO quarters
NBA: Mitchell leads Cavaliers past Timberwolves
Mitchell leads Cavs past Wolves
Australian Open: History-hunting Sabalenka shrugs off pressure
Sabalenka shrugging off pressure
Australian Open: Gauff hits back to better Bencic
Gauff overcomes Bencic test
Australian Open: Quickfire Sabalenka sends Andreeva packing
Sabalenka books quarter-final spot
Maresca aims to avoid complacency after Molineux thrashing
Marseca: Wolves new challenge
Conceicao concerned about Milan's mentality after Juventus defeat
Conceicao concerned about Milan
Motta lauds Juventus' consistency following Milan triumph
Motta lauds Juve's consistency
Getafe 1-1 Barcelona: Flick's side dealt title blow as winless run continues
Report: Getafe 1-1 Barcelona
Atalanta 2-3 Napoli: Late Lukaku header sees leaders edge five-goal thriller
Report: Atalanta 2-3 Napoli