ATLETICO MADRID 3 REAL VALLADOLID 0

Antoine Griezmann membantu Atletico Madrid kembali ke landasan kemenangan dengan menewaskan Real Valladolid 3-0 dalam perlawanan LaLiga di Civitas Metropolitano awal pagi tadi.

Tiga gol yang terhasil dalam tempoh 10 minit babak pertama memastikan pasukan bimbingan Diego Simeone itu terus mengawal keadaan sebelum meraih kemenangan pertama dalam saingan liga tahun ini.

Griezmann membantu gol permbukaan Alvaro Morata pada minit ke-18 sebelum pemain kebangsaan Perancis itu turut mencatatkan nama selaku penjaring menerusi penyudah liciknya berselang lima minit.

Girezmann sekali lagi melakukan hantaran penting untuk disudahkan Mario Hermoso pada minit ke-28 dan kelebihan tiga gol itu sudah cukup untuk Los Colchoneros meraih tiga mata berharga untuk kekal bersaing memburu penamat empat teratas.

Perlawanan kali ini juga menyaksikan Memphis Depay melakukan penampilan pertamanya bersama Atletico selepas meninggalkan Barcelona minggu ini, di mana pemain berusia 28 tahun itu dimasukkan pada minit ke-75 bagi menggantikan Morata.