Shaiful Shamsudin
Mon Apr 24 2023
Pertahanan pusat veteran, Pepe, bersetuju untuk melanjutkan karier di Porto apabila menandatangani kontrak baharu bersama kelab gergasi Portugal itu pada usia 40 tahun.
Pepe menghampiri penghujung musim ke-23 dalam bola sepak seniornya dan lima daripadanya adalah mewakili Porto dalam penggal keduanya di Estadio do Dragao.
Bek yang mewakili Portugal sebanyak 133 kali tersebut belum bercadang untuk bersara apabila menyahut tawaran baru selama 12 bulan untuk kekal di kelab itu hingga akhir musim depan.
“Saya sangat gementar kerana ia adalah kontrak yang sangat bermakna buat saya,” katanya yang telah bermain 28 kali musim ini kepada laman sesawang rasmi Porto.
"Sebagai pemain dan manusia, saya biasanya berkata jujur. Saya berumur 40 tahun tetapi saya banyak terhutang budi dengan Porto dan saya tidak mahu menipu presiden mahu pun orang lain di kelab ini.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang di kelab ini kerana setiap hari menjadikan saya lebih baik sebagai seorang pemain, seseorang lelaki dan seorang bapa."
Dilahirkan di Brazil, Pepe telah memenangi 12 trofi sepanjang dua penggalnya bersama Porto termasuk empat gelaran Liga Primeira.
Dia juga memenangi UCL dan LaLiga; iaitu masing-masing tiga kali selama 10 tahun bersama Real Madrid selain memenangi gelaran Euro 2016 dan Liga Negara-Negara 2018-19 bersama Portugal.
Bintang Portugal, Pepe umum bersara daripada bola sepak
Pemain pertahanan Portugal, Pepe, mengesahkan bahawa dia akan bersara daripada kancah bola sepak profesional selepas cemerlang sepanjang 23 tahun kariernya.
EURO 2024: Pepe optimis Portugal mampu kembali ke prestasi terbaik
Berikutan Portugal menamatkan peringkat kumpulan EURO 2024 dengan kekalahan mengejut 2-0 berdepan Georgia minggu lalu.
Euro 2024: Portugal pertaruh aura Ronaldo, Pepe di German
Kudrat Cristiano Ronaldo, 39, yang akan membuat penampilan keenam Kejuaraan Euro selain kelibat pertahanan veteran Pepe, 41, antara watak sandaran pengendali Portugal, Roberto Martinez, ketika mengumumkan skuad 26 pemain untuk kempen di Jerman dijadualkan berlangsung dari 14 Jun hingga 14 Julai depan.
Pepe perbaharui kontrak di Porto pada usia 40 tahun
Pertahanan pusat veteran, Pepe, bersetuju untuk melanjutkan karier di Porto apabila menandatangani kontrak baharu bersama kelab gergasi Portugal itu pada usia 40 tahun.
Piala Dunia Qatar: Pepe kenang sumbangan Cristiano Ronaldo
Pepe berkata Cristiano Ronaldo dalam keadaan "baik" selepas reaksi emosinya terhadap kekalahan mengejut Portugal kepada Maghribi dalam suku akhir Piala Dunia di Qatar, kelmarin.
Euro 2020: Pepe gesa Portugal contohi Jerman jika mahu benam Perancis
Pepe menggesa Portugal agar menunjukkan keinginan yang besar untuk membenam juara dunia, Perancis, sama seperti yang ditunjukkan Jerman ketika menewaskan mereka hujung minggu lalu.
Piala Dunia 2022: Pepe tidak tolak wakili Portugal pada umur 39 tahun
Pertahanan Portugal, Pepe, mengintai cabaran dallam Piala Dunia di Qatar pada 2022 sungguhpun dia sudah berusia 39 tahun ketika itu.
Pepe bantu Porto julang kejuaraan liga ke-29, hadiah perpindahan terbaik buat Casillas
Porto menjulang gelaran Liga Perdana ke-29 mereka selepas berdepan saingan sengit daripada seteru ketat di Portugal, Benfica.
Pepe gesa rakan sepasukan optimis dengan taktikal Portugal
Pertahanan Portugal, Pepe mahu rakan sepasukannya meletakkan keyakinan dengan gaya permainan yang berjaya membawa meraih kejayaan di Euro 20126 ketika menghadapi saingan Piala Konfederasi.
Pepe setia menanti kontrak baru bersama Real
Pepe akan menunggu selama yang mungkin untuk menerima tawaran kontrak baru bersama Real Madrid kerana keinginannya untuk kekal bersama pasukan itu, walaupun menerima segala keputusan tidak terletak padanya.
NBA: Wolves' Edwards scores career-high 53 in loss to Pistons
Wolves' Edwards scores 53 in loss
Adebayo: Heat only focused on 'who's with us now' following Butler suspension
Heat not focused on Butler ban
Marbella 0-1 Atletico Madrid: Griezmann seals Copa del Rey passage
Report: Marbella 0-1 Atletico
Stellini hails 'important' Napoli win amid injury problems
Stellini hails 'important' win
Messi rewarded with Presidential Medal of Freedom
Messi given presidential honour
Verreynne: Leaving X has helped Test revival
Verreynne continues to shine
Donnarumma in line for PSG return in Trophee des Champions
Donnarumma fit again for PSG
Arteta fumes at penalty decision as Arsenal held by Brighton
Arteta refuses to discuss PL title
Barbastro 0-4 Barcelona: Lewandowski double seals Copa del Rey progress
Report: Barbastro 0-4 Barcelona
Villa 'feeling the confidence again' to start 2025
Villa enjoying home comforts