Shaiful Shamsudin
Sun May 31 2020
Dimitri Payet menyambut baik "berita memberangsangkan" mengenai keputusan pengurus Marseille, Andre Villas-Boas, yang bersetuju untuk terus memimpin pasukan gergasi Ligue 1 itu dalam Liga Juara-Juara (UCL) musim depan.
Bekas pengendali Chelsea dan Tottenham itu semakin kerap dikaitkan akan meninggalkan kelab berkenaan dalam beberapa bulan terakhir.
Bagaimanapun, Marseille mengesahkan pengurus Portugis itu telah menandatangani kontrak baru pada minggu ini.
Berikutan kempen Ligue 1 2019-20 yang ditamatkan lebih awal berikutan wabak COVID-19, Marseille -- yang menduduki tangga kedua -- akan beraksi dalam kejohanan kelab elit Eropah itu di bawah asuhan Villas-Boas.
Bagi Payet, yang menyumbangkan sembilan gol dan empat bantuan jaringan dalam 22 perlawanan liga musim ini, menyifatkan pengumuman itu sebagai alasan untuk meraikan sesuatu.
"(Villas-Boas) mempunyai sokongan penuh di dalam bilik persalinan," kata pemain tengah itu kepada Journal de l'ile de La Reunion.
"Setahun yang lalu, hanya segelintir yang melihat bahawa kami mampu meraih tangga kedua berdasarkan skuad yang begitu kecil. Dia melakukan apa sahaja untuk meraih keputusan bagi mencapai matlamat ini.
"Ia juga berita baik buat saya kerana kami telah menempuhi musim yang baik. Dia gemar dengan penguasaan bola dan saya suka permainan yang menarik."
Payet sedar spekulasi mengenai masa depan Villas-Boas sekalipun menganggap Marseille sudah terbiasa dengan kisah-kisah seperti itu.
"Pengurusan dalam aspek kejurulatihan kebelakangan ini menunjukkan kami telah berkembang daripada segi krisis pengurusan," tambah pemain berusia 33 tahun itu.
"Apapun, kami berjaya mengadakan perbincangan demi mendapatkan jalan penyelesaiannya secara bersama-bersama, 'dapat mencuci pakaian kotor kami di samping keluarga'.
"Di sebalik semua berita yang berkumandang dalam beberapa hari terakhir lalu, dia tetap bersama kami. Dia ingin meneruskan pengembaraan ini. Inilah perkara paling penting hari ini.
"Apabila kami mengatakan bahawa Marseille adalah sebuah keluarga, ia bukan sekadar kata-kata. Kami benar-benar bersatu tanpa mendengar pendapat dari luar. Kami bersatu hati demi kelab ini."
Ligue 1: Lyon enggan beraksi selepas bas dilontar batu penyokong Marseille
Perlawanan Ligue 1 membabitkan Marseille menentang Lyon terpaksa ditangguhkan selepas bas pasukan pelawat diserang dalam perjalanan ke stadium.
Chelsea lepaskan Pierre-Emerick Aubameyang ke Marseille
Mauricio Pochettino meneruskan 'operasi pembersihan' di dalam kem Chelsea dengan penyerang, Pierre-Emerick Aubameyang, melengkapkan perpindahannya ke kelab Ligue 1 Perancis, Marseille.
Coupe de France: Marquinhos kecewa PSG disingkirkan Marseille
Marquinhos berkata Paris Saint-Germain kecewa berikutan kekalahan Coupe de France kepada Marseille semalam.
Piala Dunia Qatar: Penyertaan Son kini jadi tanda tanya selepas alami kecederaan serius
Peluang Son Heung-min beraksi di Piala Dunia menjadi tanda tanya selepas Tottenham mendedahkan pemain tersebut mengalami keretakan di bahagian mata dalam kemenangan 2-1 ke atas Marseille.
Spurs layak ke pusingan 16 selaku juara kumpulan
Gol daripada Clement Lenglet dan Pierre-Emile Hojbjerg menyaksikan Tottenham bangkit dari ketinggalan untuk mara ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara dengan kemenangan 2-1 ke atas Marseille awal pagi tadi.
Ligue 1: Clauss pastikan Marseille ke tangga teratas tewaskan Angers
Marseille merampas kedudukan teratas Ligue 1 apabila menewaskan Angers 3-0 di Stade Raymond-Kopa awal pagi tadi untuk memintas juara bertahan, Paris Saint-Germain (PSG).
Leeds terlepas pemain idaman saat akhir
Pemilik Leeds United, Andrea Radrizzani, memberitahu peminat di media sosial bahawa kelab itu terpukul dengan kegagalan mendapatkan pemain idaman.
Eric Bailly dipinjam semusim ke Marseille
Manchester United mengesahkan penghijrahan pertahanan, Eric Bailly, ke Marseille secara pinjaman selama semusim dengan potensi melengkapkan perpindahan tetapnya.
Mandanda tinggalkan Marseille selepas rekod 613 penampilan
Marseille mengumumkan bahawa penjaga gol, Steve Mandanda, sah meinggalkan kelab itu secara persetujuan bersama, dua tahun sebelum kontraknya tamat dan selepas melakukan 613 penampilan.
Kolasinac sertai Marseille dengan percuma
Sead Kolasinac berkelana ke Marseille secara percuma selepas pertahanan itu dilepaskan Arsenal.
Tonali set for August return after receiving suspended two-month ban from FA
Sandro Tonali will be available for selection by Newcastle United in late August.
Will Still leaves Reims job with immediate effect
Will Still, who emerged as one of Europe's top coaching prospects by overseeing a long unbeaten run last term, has left his job with Reims.
'It's a joke' – Ten Hag slams reports of Man Utd fire sale
Ahead of Manchester United's first transfer window under the stewardship of Jim Ratcliffe, reports claimed a fire sale was on the agenda.
Thomas Cup: Malaysia advance to semis after Japan mauling, to face China
Malaysia secured a long-awaited spot in the Thomas Cup semi-finals courtesy of a stunning 3-1 victory over Japan, and the team will now go on to face host China in the last four on Saturday.
Dyche still demanding 'the hard yards' from Everton despite Premier League safety
Everton head to Luton Town knowing their safety is secured after the Toffees reeled off three Premier League wins on the spin.
Grealish praises 'togetherness' in Man City's squad during title charge
Grealish: Togetherness is key
Postecoglou praises Pochettino's success at Spurs
Ahead of Tottenham's game against Chelsea on Thursday, Ange Postecoglou gave credit to the work that Mauricio Pochettino did for the club.
Rangnick turns down Bayern to stay in Austria job
Rangnick to remain with Austria
'We'll be better for Game 6' - Lue backs Clippers to make big improvement
The Clippers are one game away from making an early exit from the playoffs after playing their worst game of the season against Dallas.
Irving hails Doncic's resilience after star turn against Clippers
Irving lauds Mavs star Doncic