Perlawanan Ligue 1 membabitkan Marseille menentang Lyon terpaksa ditangguhkan selepas bas pasukan pelawat diserang dalam perjalanan ke stadium.

Rakaman di media sosial malam tadi memaparkan objek batu telah dibaling ke arah bas MArseille dengan pengurus, Fabio Grosso, dirakam berada di atas pengusung dengan muka berlumuran darah.

Badan induk bola sepak Perancis, Ligue de Football Professionnel, mengesahkan perlawanan itu ditamatkan selepas mesyuarat tergempar.

Satu kenyataan yang dikeluarkan berbunyi: “Dalam mesyuarat unit krisis berikutan insiden yang berlaku di luar Stade Velodrom, Olympique Lyonnais menyatakan keengganannya untuk beraksi dalam perlawanan itu berdasarkan keadaan semasa.

“Selepas rundingan dengan Olympique de Marseille dan pihak berkuasa awam, perlawanan ini tidak akan dimainkan petang ini.

“Kini terpulang kepada Suruhanjaya Liga untuk memutuskan nasib perlawanan ini dengan merujuk kepada artikel 544 peraturan pertandingan.”