ANGERS 0 MARSEILLE 3
Marseille merampas kedudukan teratas Ligue 1 apabila menewaskan Angers 3-0 di Stade Raymond-Kopa awal pagi tadi untuk memintas juara bertahan, Paris Saint-Germain (PSG).
Pertahanan sayap kiri, Jonathan Clauss, menjaringkan satu gol dan mencetuskan dua jaringan lain untuk Marseille ke tangga teratas buat seketika sebelum PSG melayani kunjungan Nice awal pagi esok.
Pasukan tuan rumah, Angers, mendominasi permainan sepanjang 35 minit pertama tetapi tidak dapat menyempurnakan sebarang peluang, di mana Nabil Bentaleb muncul pemain paling hampir melakukannya menerusi percubaan ke 'near post'.
Kegagalan itu, bagaimanapun, mula memberikan padah buat mereka tidak lama kemudian.
Beberapa saat selepas Adrien Hunuo melepaskan percubaan yang melambung tinggi, Clauss secara tiba-tiba memecahkan kebuntuan buat pelawat selepas menerima lintangan Luis Suarez sebelum melakukan gelecekan dan menewaskan penjaga gol, Yahia Fofana pada minit ke-35.
Suarez kemudian turut mencatatkan nama sebagai penjaring pada minit ke-50, kali ini dengan memanfaatkan kelicikan Clauss memintas bola daripada pertahanan lawan.
Clauss sekali lagi memainkan peranannya dalam mencetuskan jaringan buat Marseille pada minit ke-59, kali ini dengan disudahkan Gerson.
Biarpun tidak turun dengan kekuatan penuh -- di mana ketua jurulatih, Igor Tudor, dan pemain tengah, Nuno Tavares, digantung perlawanan -- Marseille berhasil mengekalkan kelebihan mereka sehingga penghujung perlawanan untuk menjadi pendahulu baru Ligue 1 -- sekurang-kurangnya untuk tempoh 24 jam.
Muzaffar Musa
Fri Sep 30 2022
Piala Asia B-23: Alasan tiada 'match fitness' salah FAM sendiri -- Pemerhati
Pemerhati bola sepak negara, Hasnizam Uzir, menganggap alasan kecergasan dalam permainan (match fitness) yang diberikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atas kegagalan Harimau Muda dalam Piala Asia B-23 di Qatar baru-baru ini sebagai kesilapan badan induk itu sendiri.
SAC: Saya rasa mereka kini lebih hormat saya selepas Piala Asia -- Noor Al-Rawabdeh
Pemain tengah Selangor, Noor Al-Rawabdeh, berasakan dia kini lebih dihormati selepas saingan Piala Asia di Qatar pada Januari lalu.
JDT cemerlang atasi kelab dibarisi Mahrez, Firmino
Juara Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengorak langkah untuk menguasai Asia apabila terus melakar peningkatan ranking melalui kemas kini terbaharu laman analisis bola sepak, Opta Analyst.
SAC 2024: Sidang Media Latihan Pasukan Selangor
Sidang media berkenaan latihan pasukan Selangor menjelang Kejohanan Selangor Asia Chellenge (SAC) 2024 akan diakakan pada jam 6 petang hari ini.
Pramusim: Syafiq Ahmad ketuai kemenangan Kedah
Kedah Darul Aman (KDA) mula mendapat rentak kemenangan mereka dalam perlawanan pramusim mereka selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-0 di Stadium Darul Aman, malam tadi.
Pra-musim Liga Super: Keputusan VAR beri kad merah buat pemain Sri Pahang
Kad merah sekali lagi hadir dalam aksi pra musim Liga Malaysia dalam pertemuan antara Kelantan Darul Naim bertemu Sri Pahang FC sebentar tadi.
redONE Mobile Keluar Masuk: Pemenang Kasut Emas Liga Finland pilihan Negeri Sembilan
Negeri Sembilan melengkapkan senarai enam tonggak import bagi mengharungi Liga Super musim 2024-25 dengan kehadiran penyerang, Miguel Angel Junco Martinez.
Piala Asia B-23: Pertembungan bola sepak skuad remaja Asia terungkai
Indonesia melakar debut mara melepasi peringkat suku akhir setelah mempamerkan aksi bertenaga bangkit menewaskan Australia 1-0 dan Jordan 4-1 selepas tewas di tangan Qatar 2-0 pada kempen Piala Asia kali ini.
Piala Asia B-23: Issara Sritaro ratapi kegagalan Thailand lunas peluang terhidang
Impian Thailand untuk mara ke Sukan Olimpik Paris 2024 berakhir pada malam Isnin apabila mereka tersingkir daripada Piala Asia B-23 AFC di Qatar selepas tewas perlawanan terakhir Kumpulan C kepada Tajikistan 1-0.
Prestasi paling terbaik Harimau Muda ketika dibimbing Ong Kim Swee
Era terbaik skuad muda negara adalah dibawah kendalian Datuk Ong Kim Swee di kempen Sukan Asia 2018 di Jakarta -Palembang pada tahun 2018.
FC Dallas v Houston Dynamo: Arriola says hosts must pay supporters back
Struggling FC Dallas host the Houston Dynamo in a huge Texas derby this weekend.
New England Revolution v Inter Miami: Porter targets 'mini season' as Messi comes to town
Lionel Messi and Inter Miami take on the Eastern Conference's bottom team, the New England Revolution, on Saturday.
'Let's make it mano a mano' – Adebayo using criticism as fuel as Heat level Celtics series
Adebayo using criticism as fuel
Skriniar hails PSG team-mates Mbappe and Dembele as best in the world
Mbappe, Dembele best in the world
Women's Super League: All to play for with three weeks to go
Women's Super League preview
Carragher says Liverpool may need to move on from Salah and Nunez
Jurgen Klopp's final season at Liverpool is threatening to fizzle out, in part due to a loss of form from his forwards.
Guardiola insists Man City share same title hunger as challengers
Manchester City are in control of the Premier League title race, with two games in hand over leaders Arsenal and second-placed Liverpool.
NBA: Heat get even with Celtics; Thunder roll Pelicans for 2-0 lead
The Heat sank a franchise playoff-record 23 3-pointers to tie the Celtics 1-1 and the Thunder cruised to a 2-0 lead over the Pelicans
Van Dijk: Liverpool have 'no chance' in title race after derby defeat
Van Dijk: Defeat dents title hopes
Coventry City 2-3 Hull City: Tigers win five-goal thriller to keep play-off hopes alive
Hull City boosted their play-off hopes, and all but ended those of Coventry City, with a huge win on Wednesday.