Atlet Sweden, Armand Duplantis, berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Olimpik dalam acara lompat galah di edisi Paris, serta memecahkan satu lagi rekod dunia.

Atlet berusia 24 tahun itu memperbaiki rekod dunia 6.24 meter miliknya kepada 6.25m, melakukannya pada percubaan terakhir dalam saingan yang berlangsung awal pagi tadi.

Kejayaan mempertahankan pingat emas telah dilakukan ketika melakukan catatan 6.00m mengatasi wakil Amerika Syarikat, Sam Kendricks.

Selepas meraikan kejayaannya, Duplantis kemudian mengatasi rekod Olimpik 6.03 meter yang dilakar oleh Thiago Braz dari Brazil pada 2016.

Juara dunia dua kali itu telah memecahkan rekod dunia dalam sembilan percubaan.

Dia juga menjadi atlet pertama mempertahankan kemenangan dalam acara lompat galah sejak Bob Richards (AS) pada 1952 dan 1956.