Muzaffar Musa
Sun Jul 30 2023
Gol berganda Amanda Ilestedt memastikan Sweden mencatatkan kemenangan kedua dalam saingan Kumpulan G, Piala Dunia Wanita dengan membelasah Itali 5-0 di Wllington semalam.
Dengan kemenangan itu, Sweden mengesahkan tempat ke pusingan 16 berbaki satu perlawanan peringkat kumpulan selepas menjaringkan tiga gol dalam tempoh tujuh minit pada penghujung babak pertama hasil sentuhan pemusnah Ilestedt (m-39), Fridolina Rolfo (m-44) dan Stina Blackstenius (m-45).
Pemain baru Arsenal, Ilestedt, kemudian memperoleh gol kedua peribadinya selepas lima minit babak kedua bersambung sebelum pemain gantian, Rebecka Blomqvist, melengkapkan kemenangan bergaya Sweden dalam waktu kecederaan.
Sweden, yang kini mendahului carta Kumpulan G hasil dua kemenangan daripada dua perlawanan, akan bertemu sama ada Amerika Syarikat, Belanda atau Portugal dalam pusingan kalah mati manakala Itali pula perlu menewaskan Afrika Selatan pada Rabu ini seandainya mahu meneruskan saingan.
Sementara itu, Jamaica mencipta sejarah meraih kemenangan pertama di peringkat Piala Dunia hasil menewaskan Panama 1-0 dalam perlawanan Kumpulan F di Stadium NIB malam tadi.
Allyson Swaby, yang mengetuai pasukan itu berikutan penggantungan Khadija Shaw, menjaringkan gol tunggal pertemuan berkenaan hasil tandukannya pada minit ke-56.
Kekalahan itu menyaksikan Panama tersingkir daripada saingan edisi ini manakala Jamaica pula, yang kian hampir melayakkan diri ke pusingan kalah mati, akan melengkapkan saingan peringkat kumpulan dengan menghadapi Brazil pada Rabu ini.
Perancis, dalam pada itu, turut membuka ruang untuk ke pusingan 16 selepas tandukan ketua pasukan, Wendie Renard, memastikan kemenangan 2-1 mereka ke atas Brazil dalam satu lagi perlawanan Kumpulan F.
Eugenie le Sommer terlebih dahulu meletakkan Perancis di depan sebelum Debinha menyamakan babak kedua.
Kemenangan itu bermakna Les Bleus kini berkongsi kedudukan teratas Kumpulan F dengan Jamaica, masing-masing dengan empat mata, menjelang perlawanan terakhir menentang Panama pada Rabu ini.
Saya bersedia bertanding -- Firdaus Mohamed mengenai jawatan timbalan presiden FAM
Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Firdaus Mohamed, mengumumkan bertanding sebagai calon timbalan presiden menjelang Kongres FAM bagi pemilihan jawatankuasa badan induk itu yang akan berlangsung 15 Februari depan.
Kelantan Red Warrior amal sifat 'ukur baju di badan sendiri'
Kehadiran semula pasukan Kelantan atau julukan baru Kelantan Red Warrior bakal mendapat perhatian menerusi pembentukannya yang akan menghiasi kancah tempatan tidak lama lagi.
EPL: Bukan 'hadiah' Krismas yang perlu dibanggakan -- Arne Slot
Ketua jurulatih Liverpool, Arne Slot, tidak mahu pasukannya berbangga dengan pencapaian terkini iaitu memimpin Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kelebihan 39 mata ketika perayaan Hari Natal.
Terima kasih, jumpa lagi Malaysia -- Pau Marti
Jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente, secara rasminya mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan kebangsaan selepas selesai tugasan terakhirnya dalam Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024, minggu lalu.
Tindakan FAM gantung keahlian KAFA mengelirukan -- Afandi
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Seri Afandi Hamzah, menganggap keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggantung keahlian KAFA sebagai mengelirukan dan mengecewakan.
Saya sayang awak Malaysia! -- Giancarlo Gallifuoco
Pemain import berpengalaman Kuala Lumpur City, Giancarlo Gallifuoco, meluahkan rasa cintanya terhadap Malaysia selepas hampir empat tahun bermain dalam kancah Liga Super Malaysia bersama kelab tersebut.
Mengenang tragedi tsunami 2004: Anak angkat Cristiano Ronaldo di Indonesia diangkat sebagai duta
Anak angkat Cristiano Ronaldo yang berasal Indonesia, Martunis Ronaldo, diangkat sebagai Duta Kemanusiaan Global bagi pelantar digital, Disaster and Climate Technology Hub di UIN Ar-Raniry, Aceh.
Piala AMEC: Ini ucapan kapten Singapura sebelum singkir Harimau Malaya
Ucapan kapten Singapura, Hariss Harun, dalam bilik persalinan sebelum aksi berdepan Harimau Malaya mencuri perhatian.
Kau fikir kau siapa? -- Cristiano Ronaldo menangis dimarahi Alex Ferguson
Bekas pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand, berkongsikan kembali kenangan ketika rakan sepasukannya, Cristiano Ronaldo, dimarahi jurulatih hingga menyebabkan pemain itu menangis dalam bilik persalinan.
EPL: Saya tahu apa yang saya lakukan -- Jelas jurulatih Manchester United
Pengendali Manchester United, Ruben Amorim, menegaskan ketiadaan Marcus Rashford tidak menganggu pasukannya dengan dia menjelaskan tidak bercakap mengenai komennya baru-baru ini yang mencadangkan dia meninggalkan Old Trafford.
Celtic move 12 points clear at Premiership summit after Motherwell thrashing
Celtic move 12 points clear
Liverpool 3-1 Leicester City: Salah scores 100th home Premier League goal in comeback win
Report: Liverpool 3-1 Leicester
Paterson stars as South Africa start strong
Paterson stars for South Africa
Spirit, not tactics, key to Pereira's pristine start at Wolves
Pereira praises Wolves spirit
Fernandes dismissal crucial to Wolves defeat, says Amorim
Amorim laments Bruno red card
'It's only logical' - Postecoglou defends Spurs slump amid injury crisis
Postecoglou defends Spurs slump
New boss Juric pleased with Southampton despite latest defeat
Juric happy with Saints performance
Wolves 2-0 Manchester United: Cunha takes centre stage after Fernandes red card
Report: Wolves 2-0 Man Utd
Heat president Pat Riley says Miami won't trade Jimmy Butler
Riley says Heat won't trade Butler
Iraola: Bournemouth 'couldn't make difference in final third' during Palace stalemate
Iraola: We couldn't make difference