Pertahanan Sweden, Victor Lindelof, berkata dia hilang kata-kata dengan kekejaman dan hilangnya sikap perikemanusiaan selepas dua penyokong pasukannya ditembak mati menjelang perlawanan kelayakan Euro 2024 di Belgium awal pagi tadi.

Perlawanan di Brussels itu dihentikan pada separuh masa ketika kedua-dua pasukan sedang terikat 1-1 apabila dua penyokong Sweden terbunuh dan seorang lagi cedera hanya tiga batu daripada Stadium King Baudouin.

Penembak itu, yang dipercayai seorang warga Tunisia berusia 45 tahun, ditembak mati pihak polis di pinggiran bandar Brussels.

Pertahanan tengah Manchester United itu berkata dalam satu kiriman Instagram: “Saya terkejut dan kecewa dengan insiden mengerikan di Brussels dengan serangan kejam ke atas warga Sweden kami.

“Saya kehilangan kata-kata atas kekejaman dan kezaliman itu, saya ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga dan rakan mereka yang terjejas.

“Pada masa yang sama, fikiran saya tertumpu kepada semua penyokong di Belgium malam tadi, tiada siapa yang sepatutnya pergi ke perlawanan bola sepak dan berasa tidak selamat untuk menyokong pasukan mereka.”