Shaiful Shamsudin
Tue Apr 21 2020
Liverpool mendapat cepuemas sebaik mengesahkan khidmat Jurgen Klopp sebagai pengurus, menurut bekas pemain tengah Arsenal dan Chelsea, Cesc Fabregas.
Klopp tiba di Anfield pada musim 2015-16 dan memimpin kelab itu ke final Piala Liga Inggeris (EFL) dan Liga Europa dengan kedua-duanya berakhir dengan kekalahan.
Satu lagi kekalahan yang menyakitkan berlaku dalam final Liga Juara-Juara (UCL) 2017-18, tetapi 12 bulan kemudian The Reds bangkit mengalahkan Tottenham untuk dinobatkan sebagai juara Eropah buat kali keenam.
Liverpool menduduki tempat kedua di Manchester City dalam Liga Perdana tahun lalu tetapi meninggalkan pasukan bimbingan Pep Guardiola itu dengan jurang 25 mata sebelum musim ini ditangguhkan kerana penularan wabak koronavirus baru (Covid-19).
Fabregas, pemenang Piala Dunia bersama Sepanyol pada 2010, gemar melihat perkembangan skuad dari Merseyside itu mendapat sentuhan pengurus berbangsa Jerman yang ramah tersebut.
Menjawab soalan di T&A Twitter, Fabregas menulis: "(Liverpool adalah sebuah) kelab luar biasa yang mendapat cepumas dengan mengikat Klopp serta memberikannya pemain dan masa yang tepat untuk membentuk sesuatu yang sangat istimewa."
Pemain tengah Monaco itu menjawab beberapa soalan termasuk satu soalan mengenai perkara yang paling banyak mengajarnya dalam karier selama ini.
"Saya fikir ia berlaku dalam masa dan untuk alasan yang berbeza (bukan hanya bola sepak). Saya akan mengatakan Wenger dan Conte," jawabnya.
"Arsene secara teknikal dan Conte secara mental selain dia juga menjadikan saya seorang pemain yang saya sendiri tidak sangka boleh menjadi seperti itu."
Fabregas juga menamakan Thierry Henry, Lionel Messi, Eden Hazard dan Radamel Falcao sebagai pemain terbaik yang pernah beraksi disampingnya di Arsenal, Barcelona, Chelsea dan Monaco.
EURO 2024: Pemain Liverpool faham tugas sebenar -- Cesc Fabregas
Bekas pemain Arsenal, Cesc Fabregas, menganggap pemain Liverpool dalam Euro 2024 memberikan impak positif terhadap pasukan kebangsaan mereka selain memahami peranan sebenar dalam padang untuk membantu rakan senegara mereka.
Cesc Fabregas mulakan karier kejurulatihan sebagai pengurus interim Como
Bekas pemain tengah Sepanyol, Cesc Fabregas, memulakan karier kejurulatihannya apabila dilantik sebagai pengendali interim kelab Serie B, Como, selepas pemergian ketua jurulatih, Moreno Longo.
Cesc Fabregas umum persaraan
Bekas pemain tengah Arsenal, Chelsea dan Sepanyol, Cesc Fabregas, mengumumkan persaraannya daripada bola sepak pada usia 36 tahun.
Cesc Fabregas sertai projek jangka masa panjang kelab Serie B
Cesc Fabregas menandatangani perjanjian selama dua tahun dengan pasukan divisyen kedua Itali, Como, selain menjadi pemegang saham kelab itu.
Ini bukan pengakhiran bagi karier saya -- Fabregas
Walaupun dia melihat masa depan dalam bidang kejurulatihan, Cesc Fabregas telah menolak rancangan segera untuk bersara berikutan penghijrahannya yang disahkan dari Monaco pada hujung minggu.
Covid-19: Moyang Fabregas pulih pada usia 95 tahun
Moyang kepada pemain tengah Monaco, Cesc Fabregas, pulih daripada Covid-19.
Liverpool menang cepumas -- Fabregas
Liverpool mendapat durian runtuh sebaik mengesahkan khidmat Jurgen Klopp sebagai pengurus, menurut bekas pemain tengah Arsenal dan Chelsea, Cesc Fabregas.
Fabregas dedah kalah bertaruh Range Rover dengan Caballero
Cesc Fabregas mendedahkan pernah bertaruh dengan Willy Caballero dalam sesi latihan dan perlu menghadiahkan penjaga gol itu sebuah Range Rover yang rosak.
Lopetegui tidak sekat peluang Javi ke Piala Dunia
Javi Martinez masih berpeluang untuk cuba merebut tempat dan menyertai pasukan ke Piala Dunia di Russia selepas disahkan oleh pengendali, Julen Lopetegui.
Adebayo: Heat only focused on 'who's with us now' following Butler suspension
Heat not focused on Butler ban
Marbella 0-1 Atletico Madrid: Griezmann seals Copa del Rey passage
Report: Marbella 0-1 Atletico
Stellini hails 'important' Napoli win amid injury problems
Stellini hails 'important' win
Messi rewarded with Presidential Medal of Freedom
Messi given presidential honour
Verreynne: Leaving X has helped Test revival
Verreynne continues to shine
Donnarumma in line for PSG return in Trophee des Champions
Donnarumma fit again for PSG
Arteta fumes at penalty decision as Arsenal held by Brighton
Arteta refuses to discuss PL title
Barbastro 0-4 Barcelona: Lewandowski double seals Copa del Rey progress
Report: Barbastro 0-4 Barcelona
Villa 'feeling the confidence again' to start 2025
Villa enjoying home comforts
Brighton 1-1 Arsenal: Joao Pedro deals visitors title race blow
Report: Brighton 1-1 Arsenal