Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Joehari Ayub, kelihatan akan menyandang jawatan Presiden badan induk itu dalam Kongres Pemilihan FAM bulan depan.
Ini selepas namanya disenarai sebagai calon tunggal jawatan tertinggi berkenaan oleh badan induk itu sebentar tadi.
FAM hari ini mengumumkan senarai awal nama 29 orang calon yang layak bertanding untuk pemilihan yang akan berlangsung dalam Kongres FAM Ke-61 pada 15 Februari depan bagi mengisi 17 kerusi dalam Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2025-2029.
Terdahulu, kesemua 18 ahli gabungan FAM (tidak termasuk Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang digantung keahlian) telah diberi masa selama 24 hari iaitu, dari 24 Disember 2024 hingga 16 Januari 2025 untuk mengemukakan senarai nama calon masing-masing bagi jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco).
Selepas tempoh akhir yang diberikan iaitu pada jam 5.30 petang semalam (Khamis, 16 Januari 2025), terdapat satu ahli gabungan yang tidak menghantar borang pencalonan manakala satu ahli gabungan yang menghantar borang pencalonan tetapi tidak sempurna. Oleh itu, hanya pencalonan daripada 16 ahli gabungan yang sah diterima oleh Jawatankuasa Pemilihan FAM.
Selepas proses pengiraan, jumlah keseluruhan calon yang diterima ialah seramai 39 orang tetapi hanya 29 orang calon yang akan diberikan Borang Pengesahan Penerimaan Pencalonan memandangkan baki 10 orang calon lain itu tidak mendapat jumlah pencalonan minimum seperti yang termaktub dalam Artikel 31, Perenggan 6, Statut FAM.
Bagi menandingi jawatan Presiden, seseorang calon itu perlu mendapatkan sekurang-kurangnya enam pencalonan dari ahli-ahli gabungan FAM manakala bagi jawatan Timbalan Presiden memerlukan lima pencalonan, jawatan Naib Presiden memerlukan empat pencalonan manakala jawatan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) memerlukan dua pencalonan.
Calon-calon yang layak untuk bertanding ini akan diberikan Borang Pengesahan Penerimaan Pencalonan untuk mereka membalas semula borang berkenaan selewat-lewatnya pada Khamis, 23 Januari 2025 dengan menyatakan persetujuan untuk bertanding jawatan yang dicalonkan atau sebaliknya iaitu tidak bersetuju.
Pada masa yang sama, Jawatankuasa Pemilihan FAM juga akan menghantar nama mereka untuk proses saringan integriti membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta semakan status kebankrapan dengan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI).
Seterusnya, Jawatankuasa Pemilihan FAM akan mengumumkan senarai akhir iaitu senarai rasmi nama calon yang layak bertanding pada pemilihan kali ini, pada/selepas Khamis, 23 Januari 2025 atau selewat-lewatnya pada Sabtu, 8 Februari 2025 (tujuh hari sebelum kongres berlangsung). Senarai ini juga akan dihantar kepada 18 ahli gabungan untuk makluman mereka.
Senarai Calon:
PRESIDEN FAM:
Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub
TIMBALAN PRESIDEN (2 Kerusi)
Datuk Wira Mohd Yusoff Hj. Mahadi
Datuk Sivasundaram A/l Sithamparam Pillai
NAIB PRESIDEN (4 Kerusi)
Datuk Seri Hj. Rosmadi Ismail
Saaran A/l Nadarajah
Datuk Mohd Azhar Jamaluddin
Datuk Dollah Salleh
Syed Yazid Syed Omar
AHLI (8 Kerusi)
Datuk Hj. Mohd Hisamudin Yahaya
Tang Chee Hong
Mohd Azizudin Mohd Shariff
Hishamuddin Abdul Karim
Datuk Zainal Abidin Hassan
Hj. Zulkifli Che Harun
Datuk Hj. Kamarudin Hj. Hassan
Acp (B) Md Dali Wahid
Datuk Adly Shah Ahmad Tah
Datuk Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri
Datuk Mohd Azhar Jamaluddin *
Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya
Datuk' Dollah Salleh *
Christopher Raj Aralanthu
Datuk Dr. Sugumaran A/l Parthasarathy
Datuk Sri Hj. Afandi Hamzah
Datuk Hj. Mustapha Nagoor
Zamri Ibrahim
* Turut Dicalonkan Untuk Jawatan Naib Presiden
AHLI WANITA (2 Kerusi)
Datuk Suraya Yaacob
Dr. Siti Faidul Maisarah Abdullah
Datuk Dr. Fadilah Sarbi
Mimi Afzan Afza
Nur Izwani Azman
Muzaffar Musa
Fri Jan 17 2025
Separuh akhir Unifi Piala Malaysia: JDT bawa bekalan selesa ke SSI
Johor Darul Ta'zim (JDT) membawa bekalan selesa ke laman sendiri apabila menewaskan Terengganu 4-0 dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu sebentar tadi.
Kongres FAM: Joehari Ayub bakal sandang jawatan Presiden tanpa bertanding
Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Joehari Ayub, kelihatan akan menyandang jawatan Presiden badan induk itu dalam Kongres Pemilihan FAM bulan depan.
Badminton Terbuka India: Pearly-Thinaah bermandi peluh sebelum ke separuh akhir
Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah, dipaksa bermandi peluh sebelum mengesahkan tempat dalam separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka India dengan menewaskan gandingan Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto, di New Delhi sebentar tadi.
Mengangkat martabat anak orang asli melalui bola sepak: UTM perintis transformasi sukan negara
Program Pemerkasaan Bola Sepak Akar Umbi Anak Orang Asli yang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mencapai kemuncaknya dengan majlis penutupan penuh bermakna.
"Tidak, beliau tidak akan dinaturalisasi"
Menteri Pemuda dan Olahraga (Menpora) Indonesia, Dito Ariotedjo menjawab desas-desus berkaitan proses naturalisasi pemain bola sepak kelahiran Belanda, Mitchel Bakker dalam satu komen di laman Instagram miliknya, baru-baru ini.
Rangka kerja ‘bertaraf dunia’, Craig kagum visi TMJ revolusi skuad kebangsaan
Ketua Prestasi Tinggi dan Perubatan Sukan Pasukan Kebangsaan, Dr. Craig Duncan, telah meletakkan satu penanda aras sebaik dipilih bagi menyertai projek revolusi Harimau Malaya yang dicetuskan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.
Nadi Bola Latihan Pasukan: Misi Terengganu bawa bekalan selesa ke SSI
Ikuti perkembangan persiapan terakhir Terengganu bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi perlawanan separuh akhir pertama Unifi Piala Malaysia di Gong Badak, malam esok.
Unifi Piala Malaysia: Info siaran langsung (live streaming) Pertemuan separuh akhir Terengganu lawan JDT
Terengganu akan bertemu juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), dalam pertembungan separuh akhir pertama Unifi Piala Malaysia di Gong Badak.
Saya akan cuba sedaya upaya, Rob Friend rangka pelan jangka masa panjang
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Rob Friend, mahu membantu menaikkan semula martabat bola sepak Malaysia dan memenuhi segala perancangan yang bakal dilaksanakan bermula hari ini.
Tertanya-tanya, faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia -- CEO skuad kebangsaan
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara kembali ke persada tertinggi dunia.
Trafford earned Burnley a point with penalty heroics against Sunderland, says Parker
Trafford saves two penalties
Lille move third in Ligue 1 after comeback win over Nice
Lille, Montpellier win in Ligue 1
Kvaratskhelia seals PSG move from Napoli
Kvaratskhelia seals PSG move
Eintracht Frankfurt 2-0 Borussia Dortmund: Ekitike and Hojlund pile more misery on Sahin
Report: Eintracht 2-0 Dortmund
Michel expecting much-improved second half of season from Girona
Michel wants Girona improvement
Liverpool 2-1 Brighton: Carabali own goal gifts hosts much-needed win
Report: Liverpool 2-1 Brighton
Simeone keen to protect Atletico's slim lead at top of LaLiga
Simeone keen to protect LaLiga lead
Motta confirms Kolo Muani's pending arrival from PSG
Kolo Muani joining Juventus
Flick keen to regain LaLiga momentum, helped by Christensen return
Christensen returns for Barca
Leverkusen boosted by Tah's return against Gladbach
Leverkusen boosted by Tah return