Menteri Pemuda dan Olahraga (Menpora) Indonesia, Dito Ariotedjo menjawab desas-desus berkaitan proses naturalisasi pemain bola sepak kelahiran Belanda, Mitchel Bakker dalam satu komen di laman Instagram miliknya, baru-baru ini.

Menurut laporan CNN Indonesia, PSSI sedang berusaha untuk melengkapkan proses naturalisasi 2 pemain yang bakal beraksi buat timnas Indonesia iaitu Ole Romeny dan Jairo Riedewald. Akan tetapi seorang lagi pemain yang akan dinaturalisasi bukanlah Mitchel Bakker, sebaliknya seorang lagi pemain yang masih menjadi tanda tanya.

Ketika ditanya melalui laman Instagram miliknya, Dito menjelaskan bahawa perkhabaran tersebut sama sekali tidak benar.

"Tidak benar. Kami fokus dengan Ole Romeny dan Jairo Riedewald, disamping mencari satu lagi opsyen pemain lain", komen beliau.

Kenyataan ini turut dijelaskan dalam satu wawancara bersama wartawan pada Selasa, 15 Januari 2025 ketika ditanya mengenai perkara tersebut.

Indonesia telah memulakan proses dokumentasi Ole dan Jairo bagi memperkuat pasukan menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Australia & Bahrain pada bulan Mac hadapan.

Indonesia kini berada di tangga ke 3 Kumpulan C di belakang Jepun dan Australia, dengan memungut 6 mata selepas 6 perlawanan.