TERENGGANU 0 JOHOR DARUL TA'ZIM 4
Johor Darul Ta'zim (JDT) membawa bekalan selesa ke laman sendiri apabila menewaskan Terengganu 4-0 dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu sebentar tadi.
Dua penyerang kebangsaan, Romel Morales dan Arif Aiman Hanapi, muncul wira Harimau Selatan menerusi jaringan dalam separuh masa berbeza sambil Bergson da Silva turut mencatatkan nama selaku penjaring.
JDT membuka jaringan seawal minit ke-17 apabila Romel memanfaatkan situasi kelam kabut di depan gawang Terengganu biarpun penjaga gol, Rahadiazli Rahalim, dua kali cuba menyelamatkan gawangnya.
Romel sepatutnya menggandakan kelebihan JDT pada minit ke-36 tetapi jaringan itu dibatalkan video bantuan pengadil (VAR), yang mengesan kekasaran Iker Undabarrena ke atas Manuel Ott dalam insiden lebih awal.
Harimau Selatan, bagaimanapun, perlu menunggu sehingga minit ke-79 untuk menggandakan kelebihan mereka, di mana Arif Aiman melakukan gerakan solo menarik dari sebelah kiri sebelum melepaskan penyudah rendah ke penjuru bawah gawang Rahadiazli.
Enam minit berselang, Arif Aiman sekali lagi menggegarkan jaring tuan rumah, kali ini dengan meleretkan bola selepas menerima lintangan ke belakang Juan Muniz.
Penyerang utama, Bergson, turut tidak mahu ketinggalan dalam mencatatkan nama selaku penjaring dengan kusian tumitnya dalam waktu kecederaan.
Kedua-dua pasukan itu akan kembali bertemu dalam aksi timbal balik di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 1 Februari depan.
Muzaffar Musa
Fri Jan 17 2025
Separuh akhir Unifi Piala Malaysia: JDT bawa bekalan selesa ke SSI
Johor Darul Ta'zim (JDT) membawa bekalan selesa ke laman sendiri apabila menewaskan Terengganu 4-0 dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu sebentar tadi.
Kongres FAM: Joehari Ayub bakal sandang jawatan Presiden tanpa bertanding
Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Joehari Ayub, kelihatan akan menyandang jawatan Presiden badan induk itu dalam Kongres Pemilihan FAM bulan depan.
Badminton Terbuka India: Pearly-Thinaah bermandi peluh sebelum ke separuh akhir
Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah, dipaksa bermandi peluh sebelum mengesahkan tempat dalam separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka India dengan menewaskan gandingan Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto, di New Delhi sebentar tadi.
Mengangkat martabat anak orang asli melalui bola sepak: UTM perintis transformasi sukan negara
Program Pemerkasaan Bola Sepak Akar Umbi Anak Orang Asli yang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mencapai kemuncaknya dengan majlis penutupan penuh bermakna.
"Tidak, beliau tidak akan dinaturalisasi"
Menteri Pemuda dan Olahraga (Menpora) Indonesia, Dito Ariotedjo menjawab desas-desus berkaitan proses naturalisasi pemain bola sepak kelahiran Belanda, Mitchel Bakker dalam satu komen di laman Instagram miliknya, baru-baru ini.
Rangka kerja ‘bertaraf dunia’, Craig kagum visi TMJ revolusi skuad kebangsaan
Ketua Prestasi Tinggi dan Perubatan Sukan Pasukan Kebangsaan, Dr. Craig Duncan, telah meletakkan satu penanda aras sebaik dipilih bagi menyertai projek revolusi Harimau Malaya yang dicetuskan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.
Nadi Bola Latihan Pasukan: Misi Terengganu bawa bekalan selesa ke SSI
Ikuti perkembangan persiapan terakhir Terengganu bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi perlawanan separuh akhir pertama Unifi Piala Malaysia di Gong Badak, malam esok.
Unifi Piala Malaysia: Info siaran langsung (live streaming) Pertemuan separuh akhir Terengganu lawan JDT
Terengganu akan bertemu juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), dalam pertembungan separuh akhir pertama Unifi Piala Malaysia di Gong Badak.
Saya akan cuba sedaya upaya, Rob Friend rangka pelan jangka masa panjang
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Rob Friend, mahu membantu menaikkan semula martabat bola sepak Malaysia dan memenuhi segala perancangan yang bakal dilaksanakan bermula hari ini.
Tertanya-tanya, faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia -- CEO skuad kebangsaan
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara kembali ke persada tertinggi dunia.
Trafford earned Burnley a point with penalty heroics against Sunderland, says Parker
Trafford saves two penalties
Lille move third in Ligue 1 after comeback win over Nice
Lille, Montpellier win in Ligue 1
Kvaratskhelia seals PSG move from Napoli
Kvaratskhelia seals PSG move
Eintracht Frankfurt 2-0 Borussia Dortmund: Ekitike and Hojlund pile more misery on Sahin
Report: Eintracht 2-0 Dortmund
Michel expecting much-improved second half of season from Girona
Michel wants Girona improvement
Liverpool 2-1 Brighton: Carabali own goal gifts hosts much-needed win
Report: Liverpool 2-1 Brighton
Simeone keen to protect Atletico's slim lead at top of LaLiga
Simeone keen to protect LaLiga lead
Motta confirms Kolo Muani's pending arrival from PSG
Kolo Muani joining Juventus
Flick keen to regain LaLiga momentum, helped by Christensen return
Christensen returns for Barca
Leverkusen boosted by Tah's return against Gladbach
Leverkusen boosted by Tah return