Ketua Prestasi Tinggi dan Perubatan Sukan Pasukan Kebangsaan, Dr. Craig Duncan, telah meletakkan satu penanda aras sebaik dipilih bagi menyertai projek revolusi Harimau Malaya yang dicetuskan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.
Craig yang hadir dengan pengalaman luasnya dalam bidang perubatan sebelum ini, sudah mula merancang untuk menerapkan rangka kerja ‘bertaraf dunia’ dalam struktur organisasi baharu pasukan kebangsaan.
“Pengalaman saya amat luas. Saya pernah bekerja dengan beberapa negara sebelum saya membuat keputusan untuk menyertai revolusi pasukan kebangsaan Malaysia ini.
“Secara asasnya, tugas selaku Ketua Prestasi Tinggi adalah menguruskan perkara-perkara berkaitan dengan sains sukan, sains perubatan, kecergasan, nutrisi dan juga psikologi pemain.
“Bagi saya, semua aspek tersebut amat penting untuk memaksimumkan prestasi setiap pemain bagi membantu tugas Ketua Jurulatih, Peter Cklamovski,” katanya.
Dengan memberi tumpuan terhadap aspek sains sukan, Craig berazam mengangkat reputasi Harimau Malaya ke tahap tertinggi suatu hari nanti.
“Sasaran saya adalah untuk menjadikan pasukan kebangsaan Malaysia sebagai pasukan paling cergas di Asia. Ketika ini, perjalanan kita masih panjang.
“Tetapi kita akan sampai ke tahap tersebut. Ini semua berkait dengan strategi yang bakal kita guna pakai. Usaha ini harus selari dengan rangka kerja prestasi tinggi bertaraf dunia,” jelasnya.
Dia turut meluahkan kekaguman terhadap visi Tunku Ismail bagi menjayakan revolusi pasukan kebangsaan.
“Saya sangat teruja setelah bertemu dengan ahli pasukan saya termasuk fisioterapi, jurulatih kecergasan serta bahagian perubatan sains sukan.
“Saya tahu yang kami boleh bekerjasama dan menghasilkan lebih banyak aspek positif dalam pasukan,” ujarnya.
Ammar Hakim
Thu Jan 16 2025
"Tidak, beliau tidak akan dinaturalisasi"
Menteri Pemuda dan Olahraga (Menpora) Indonesia, Dito Ariotedjo menjawab desas-desus berkaitan proses naturalisasi pemain bola sepak kelahiran Belanda, Mitchel Bakker dalam satu komen di laman Instagram miliknya, baru-baru ini.
Rangka kerja ‘bertaraf dunia’, Craig kagum visi TMJ revolusi skuad kebangsaan
Ketua Prestasi Tinggi dan Perubatan Sukan Pasukan Kebangsaan, Dr. Craig Duncan, telah meletakkan satu penanda aras sebaik dipilih bagi menyertai projek revolusi Harimau Malaya yang dicetuskan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.
Nadi Bola Latihan Pasukan: Misi Terengganu bawa bekalan selesa ke SSI
Ikuti perkembangan persiapan terakhir Terengganu bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi perlawanan separuh akhir pertama Unifi Piala Malaysia di Gong Badak, malam esok.
Unifi Piala Malaysia: Info siaran langsung (live streaming) Pertemuan separuh akhir Terengganu lawan JDT
Terengganu akan bertemu juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), dalam pertembungan separuh akhir pertama Unifi Piala Malaysia di Gong Badak.
Saya akan cuba sedaya upaya, Rob Friend rangka pelan jangka masa panjang
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Rob Friend, mahu membantu menaikkan semula martabat bola sepak Malaysia dan memenuhi segala perancangan yang bakal dilaksanakan bermula hari ini.
Tertanya-tanya, faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia -- CEO skuad kebangsaan
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara kembali ke persada tertinggi dunia.
Bekas jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp anjur parti jika gelaran EPL Man City ditarik semula
Bekas jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp, bakal menganjurkan pesta di Mallorca, Sepanyol jika gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester City ditarik berikutan siasatan terhadap 115 pertuduhan mereka.
Pelan Strategik Fasa 2 F:30 dalam landasan tepat, 23 pengadil Malaysia terima tauliah FIFA
Seramai 23 pengadil tempatan didaftarkan sebagai Pengadil Rasmi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang memberi peluang buat mereka boleh mengendalikan perlawanan bertaraf antarabangsa, tahun ini.
Permohonon diperkenan, Akhyar Rashid ucap terima kasih kepada TMJ
Tonggak Harimau Malaya, Akhyar Rashid, meluahkan penghargaan tak terhingga kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, atas peluang dan kesempatan yang diberikan kepada dirinya sepanjang bergelar pemain bola sepak profesional.
EPL: Calon juara, Arsenal tewaskan Spurs dalam aksi Derbi London
Calon juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal, memintas kedudukan Nottingham Forest dalam carta liga untuk menghuni tempat kedua di belakang pendahulu, Liverpool, selepas menewaskan seterus utama mereka dalam aksi Derbi London, sebentar tadi.
'Average' Warriors must improve without being reckless, fumes Curry
Curry wants Warriors to improve
Australian Open: Title favourite Sinner overcomes first-set wobble
Sinner hits back at Rod Laver Arena
'We are not stupid' - Foden concedes Man City's title defence is over
Foden: The title race is over
Australian Open: Sonego ends Fonseca's dream run in five-set thriller
Sonego defeats Fonseca in Melbourne
Australian Open: Raducanu feared 'bad blood' with Murray after Wimbledon withdrawal
Raducanu feared for Murray
Simeone lauds Atletico's fringe players in Copa del Rey triumph
Simeon lauds Atletico fringe team
Ipswich announce arrival of Villa's Philogene on permanent deal
Philogene completes Ipswich move
Bayern hungry to right last season's wrongs, says Kompany
Kompany: Bayern are hungry to win
McKenna and Hurzeler laud 'special' Delap ahead of Portman Road clash
Preview: Ipswich v Brighton
Australian Open: Monfils 'surfing on the moment' ahead of Fritz clash
Monfils 'surfing on the moment'