Portugal mempertaruhkan pemain berpengalaman, Cristiano Ronaldo bersama tiga pemain di jentera serangan iaitu Bruno Fernandes, Rafael Leao dan Bernando Silva.

Benteng pertahanan pula bakal diketuai oleh Pepe bersama Ruben Dian, Joao Cancelo dan tonggak Paris Saint Germain, Nuno Mendes.




Manakala, jurulatih Slovenia, Matjaz Kek, terus mengharapkan penyerang berprolifik Benjamin Sesko dan Andraž Šporar yang akan dibantu oleh empat pemain di bahagian tengah iaitu Adam Čerin, Timi Elšnik, Petar Stojanović dan Jan Mlakar untuk merobek gawang Portugal.

Penjaga gawang Atletico Madrid, Jan Oblak, kekal dalam kesebelasan utama sebagai benteng terakhir pertahanan Slovenia.




Kali terakhir pertembungan dua pasukan ini menyaksikan portugal tewas 0-2 dalam satu perlawanan persahabatan yang berlangsung pada Mac lalu.