Pemain tengah berprolifik, Brendan Gan, tidak mahu berjauhan dengan keluarga menyebabkan dia mengambil keputusan untuk kekal berada di Lembah Klang pada musim ini.

Tonggak utama Harimau Malaya itu tidak mahu terus mengenang kekecewaannya di hujung penampilan bersama Selangor musim lalu tetapi sebaliknya ingin terus kekal efisyen bersesuaian dengan reputasinya di atas padang sebelum ini.

Dia juga optimis faktor utamanya memilih Kuala Lumpur City FC selain bukan sahaja kerana faktor keluarga tetapi reputasi The City Boys yang cemerlang sebelum ini melangkah dalam tiga perlawanan akhir.



"Waktu yang diambil untuk perjanjian ini sangat singkat, terima kasih kepada Stanley dan pihak pengurusan yang menawarkan saya sesuatu yang lebih baik.

"Faktor keluarga mempenggaruhi keputusan besar saya untuk terus berada di Kuala Lumpur dan bermain untuk kelab ini.

"bukan itu sahaja tetapi kerana Kuala Lumpur merupakan kelab yang berjaya ke tiga final, saya komited untuk memberikan persembahan terbaik untuk kelab ini." katanya.