Bekas kapten Selangor FC, Brendan Gan Seng Ling, akhirnya memilih Kuala Lumpur City FC sebagai destinasi barunya menjelang saingan Liga Super Malaysia (MFL) 2024 yang akan membuka tirainya pada bulan depan.

Selepas sekian lama berdiam diri mengenai hala tujunya sebelum ini dia akan menguatkan jentera tengah skuad The City Boys, yang juga merupakan musuh tradisi kelab bekas majikannya selepas diumumkan melalui laman rasmi pasukan warga kota sebentar tadi.

Tonggak Harimau Malaya itu merupakan antara individu penting dalam saingan liga musim lalu bersama Selangor selepas membantu kelab bekas majikannya itu melangkah ke saingan Liga Juara-Juara 2 (ACL 2).



Selamat datang Brendan Gan ke Kuala Lumpur City FC!